Ustaz Amirullah, KITAB ASAS AQIDAH TAKMIR NEGERI SEMBILAN
******************************************************************
ISNIN, 15 SEPTEMBER 2025
(22 RABI'ULAWWAL 1447H)
KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MUHAMMAD AMIRULLAH
KITAB ASAS AQIDAH TAKMIR NEGERI SEMBILAN
Sehat .
- Berdoa
-Baca Tahiyat
-Salam
- Terteb
**************************************************************************
01 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)
(08 RABI'ULAWWAL 1447H)
KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MUHAMMAD AMIRULLAH
KITAB ASAS AQIDAH TAKMIR NEGERI SEMBILAN
Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir
Salam
1- Salam wajib dijawab - Beri salam
2-Salam Tak wajib dijawab seperti salam di whatsapp
3. Salam tak perlu jawab - seperti salam di dalam solat.
4. Salam jgn jawab macam di kawasan kuburan
https://www.facebook.com/share/v/1A1wYm25gG/
https://online.anyflip.com/ohaos/znnt/mobile/index.html
Maksud iftirasy (إفتراش) dalam konteks agama Islam ialah suatu cara duduk di dalam solat dengan meletakkan punggung di atas kaki kiri dan menegakkan tapak kaki kanan dengan jari-jari kaki menghadap kiblat, seperti ketika duduk antara dua sujud atau duduk tasyahud awal. Dilakukan pada tasyahud awal dan tidak diiringi salam. Dalam posisi ini, Anda duduk di atas kaki kiri sambil melipat lutut kaki kanan di atas kaki kiri.
Duduk tawaruk adalah posisi sunah dalam sholat, dilakukan saat tasyahud akhir dengan meletakkan punggung pada telapak kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Posisi ini juga dapat diartikan dengan duduk pada kaki kiri sambil menumpu pada lantai dan kaki kanan diluruskan ke depan. Tawaruk dilakukan pada setiap sholat yang memiliki dua kali tasyahud, seperti Maghrib, Zuhur, Asar, dan Isya.
- Duduk seperti biasa setelah sujud: Setelah bangkit dari sujud kedua, Anda akan duduk dengan posisi kaki kiri ditekuk.
- Letakkan kaki kanan: Luruskan kaki kanan ke depan.
- Duduk di punggung kaki kiri: Punggung kaki kiri diletakkan di lantai atau dijadikan tumpuan tubuh Anda, sehingga Anda duduk di atas punggung kaki kiri tersebut.
- Pusatkan punggung di lantai: Pastikan punggung atau pantat Anda berada di lantai.
Tambahan
POSISI DUDUK KETIKA TASYAHHUD AKHIR

Soalan :
Bagaimanakah posisi yang betul semasa kita duduk pada tahiyat akhir ? Mohon penjelasan.
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Di dalam isu ini, para fuqaha menyatakan bahawa terdapat dua jenis duduk yang dilakukan oleh seseorang ketika tahiyat akhir. Yang pertama adalah duduk tawarruk, dan keduanya adalah duduk secara iftirash.
Tawarruk bermaksud: Seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya berdiri tegak, dan jari jemari kaki kanannya menghadap ke arah kiblat. Manakala kaki kirinya dilipat ke arah kaki kanan, dan dia meletakkan bahagian punggungnya di atas lantai atau tanah.
Manakala iftirash pula membawa erti: Seseorang itu duduk dengan meletakkan bahagian punggungnya di atas kaki kirinya. Manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan jari jemarinya menghadap ke arah kiblat.
Duduk tawarruk adalah duduk yang disunatkan ketika tasyahhud akhir pada solat empat rakaat seperti Zohor dan Asar, demikian juga disunatkan pada solat tiga rakaat seperti solat Maghrib. Manakala duduk secara iftirash pula, ia disunatkan ketika duduk di antara dua sujud, ketika tasyhahhud awal bagi solat tiga rakaat dan empat rakaat, serta ketika tasyahhud akhir bagi solat dua rakaat seperti solat subuh, solat tahiyyatul masjid, dan selainnya daripada solat-solat sunat.
Di dalam mazhab Imam al-Syafie Rahimahullah, tokoh-tokoh besar mazhab ini berpendapat bahawa duduk secara tawarruk juga turut berlaku pada solat-solat dua rakaat.
Di dalam Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (16/270) ada menyatakan beberapa pendapat fuqaha mazhab berkenaan cara duduk ketika tasyahhud yang kami nukilkan seperti berikut:
Pertama: Mazhab Hanafi:
Keadaan duduk bagi orang lelaki ketika tasyahhud adalah secara iftirash. Maka bagi orang perempuan pula adalah duduk secara tawarruk. Sama ada duduk tasyahhud awal ataupun tasyahhud akhir.
Kedua: Mazhab Malik:
Keadaan duduk ketika tasyahhud akhir adalah secara tawarruk. Mazhab ini juga turut berpandangan bahawa duduk tawarruk itu lebih didahulukan berbanding duduk iftirash.
Ketiga: Mazhab Al-Syafie
Para fuqaha Syafieyyah menjelaskan bahawa tidak ditentukan cara duduk untuk mengatakan bahawa dengannya dianggap sah. Maka cara duduk yang bagaimana pun dianggap sebagai sah. Akan tetapi yang sunnah ketika duduk semasa akhir solat adalah duduk tawarruk, dan duduk yang kedua itu adalah secara iftirash. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah : "Bahkan apa cara duduk yang mampu dilakukan adalah sah, sama ada secara tawarruk mahupun iftirash. Tetapi yang menepati sunnah adalah dengan duduk tawarruk pada akhir solat, dan duduk iftirash pada selainnya". Rujuk Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (1/429).
Mazhab Syafieyyah berpandangan bahawa di antara duduk tawarruk dan iftirash, terdapat padanya perincian. Iaitu jika ia solat dua rakaat, maka duduk tasyahhud itu adalah secara iftirash. Begitulah juga tasyahhud awal bagi solat-solat tiga dan empat rakaaat. Manakala bagi solat tiga dan empat rakaat, duduk pada tasyahhud akhir adalah secara tawarruk.
Keempat: Mazhab Hanbali
Golongan Hanabilah berpandangan bahawa keadaan duduk bagi orang lelaki semasa tasyahhud awal adalah secara iftirash, manakala semasa tasyahhud akhir adalah secara tawarruk.
Kesimpulan
Setelah kami menyebutkan beberapa pendapat di atas, kami cenderung kepada pandangan bahawa posisi duduk adalah secara tawarruk ketika tasyahhud akhir bagi solat tiga dan empat rakaat. Manakala bagi solat dua rakaat dan juga ketika tasyahhud awal bagi solat tiga dan empat rakaat, posisi duduk adalah secara iftirash.
Kami juga menyatakan, hendaklah diraikan juga keadaaan sekeliling semasa duduk tersebut. Sekiranya keadaan saf itu sempit, manakala duduk secara tawarruk ketika tasyahhud akhir itu hanya akan menyempitkan lagi ruang selain akan mengganggu jemaah yang berada di sebelahnya, maka pada ketika itu duduklah secara iftirash pada tasyahhud akhir. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kepada kita kefahaman dalam beragama. Ameen.
*****************************************************************
18 OGOS 2025 (ISNIN)
(24 SAFAR 1447H)
KULIAH MAGHRIB
Sujud dan Tamakninah
Kain Serban, Kain selimpang, Rambut yang tertutup, Kaki Keika Sujud, Kain , Jubah, Faktor Tutup Muka Ketika Solat dsb.
_______________________________________
Tentang Air Kecing Terpercik ?
AL-KAFI #751 : HUKUM PERCIKAN AIR KENCING
Soalan :
Adakah sah solat jika menggunakan seluar yang terkena percikan air kencing?
Jawapan :
Alhamdulillah. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Asalnya, kencing manusia, atau haiwan, adalah najis berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلاً مِنْ مَاءٍ
Maksudnya: "Tuangkanlah atas air kencingnya (Arab Badwi yang kencing di masjid) dengan setimba air"
Riwayat al-Bukhari (220)
Justeru, sekiranya air kencing kena pada pakaian, badan dan tempat solat, maka tidak sah solat kerana suci daripada najis adalah syarat sah solat. Namun, sah solatnya jika percikan itu sedikit, sukar dipelihara dan tidak dapat dikesan oleh mata. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang al-Fiqh al-Manhaji :
“Islam agama yang bersih, untuk itu wajib menghilangkan najis walau di mana keberadaannya. Memelihara diri daripada najis, dan menjadi bersih dari najis adalah syarat sah solat sama ada pada pakaian ataupun badan ataupun tempat solat. Sesungguhnya agama meraikan kemudahan dan menghilangkan kesusahan. Maka dimaafkan sebahagian najis disebabkan kesusahan untuk menghilangkannya atau kesusahan untuk menjaga daripada terkena najis tersebut, agar menjadi kemudahan kepada manusia, dan mengangkat kesusahan daripada manusia. Contohnya, percikan air kencing yang sedikit yang tidak dapat dikesan dengan penglihatan mata yang sederhana jika terkena pakaian ataupun badan, sama ada najis mughallazah ataupun najis mukhaffafah ataupun najis mutawassitah.” (Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Syafi’i: 1/43)
Kesimpulannya, Islam sememangnya memerintahkan agar setiap umatnya berada dalam keadaan suci pada tubuh badan dan pakaiannya sebelum mendirikan solat. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna seseorang itu perlu memeriksa atau memelihara dirinya daripada najis sehingga menyusahkan pelaksanaan sesuatu ibadah. Oleh itu, dalam keadaan sesuatu yang di luar kawalan atau kemampuan dirinya, maka ia diberikan kemaafan oleh syara’.
________________________
Umum mengetahui air kencing adalah salah satu daripada najis mutawassitah (najis pertengahan) dan jika dibawa ke dalam solat, maka hukumnya adalah tidak sah. Hal ini kerana, salah satu syarat sah solat adalah suci daripada najis.
Najis tersebut perlu dihilangkan terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah lain dengan basuhan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Bagaimanapun, kadang-kadang mata kita sendiri tidak perasan jika terdapat percikan air kencing pada seluar ataupun kawasan lain yang melekat.
Jadi, apabila seluar itu dibawa ke dalam solat, bagaimana dengan solat yang dilakukan? Adakah sah solatnya?
Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sah jika percikan itu sedikit dan tidak dapat dikesan dengan mata.
Hal ini ada disebut dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji:
Maksud: “Islam adalah agama yang bersih, untuk itu wajib menghilangkan najis walau di mana keberadaannya. Memelihara diri daripada najis dan menjadi bersih dari najis adalah syarat sah solat sama ada pada pakaian ataupun pada badan dan tempat solat. Sesungguhnya agama meraikan kemudahan dan menghilangkan kesusahan. Maka, dimaafkan sebahagaian najis disebabkan kesusahan untuk menghilangkannya atau kesusahan untuk menjaga daripada terkena najis tersebut agar menjadi kemudahan kepada manusia dan mengangkat kesusahan daripada manusia.
Contohnya, percikan air kencing yang sedikit dan tidak dapat dikesan dengan penglihatan mata yang sederhana jika terkena pakaian ataupun badan, sama ada najis mughallazah ataupun najis mukhaffafah atau mutawassitah.” (Al-Fiqh, al-Manjahi ‘ala Mazhab al-Syafi’i)
Ini bermaksud, percikan air kencing atau najis lain yang tidak dapat dilihat dengan mata, sedikit atau sukar dikawal, maka hukumnya adalah dimaafkan dan jika dibawa ke dalam solat, adalah sah solatnya.
Bagaimanapun, untuk mengelakkan daripada perasaan was-was atau tidak yakin dengan ibadah yang dilakukan, anda juga boleh melakukan beberapa tips ini;
#1 – Sediakan seluar khusus untuk dibawa ke dalam solat. Boleh juga gantikannya dengan kain pelikat.
#2 – Menukar stoking dan mengkhususkannya hanya untuk waktu solat sahaja (jika dibawa ke dalam solat).
#3 – Memercikkan air mutlak ke bahagian hujung seluar atau kawasan yang dirasakan terkena percikan air kencing.
Kesimpulan
Jika najis itu tidak dapat dilihat atau dikesan kerana kadarnya yang sedikit, maka solatnya adalah sah kerana ia termasuk dalam hukum dimaafkan.
Walau bagaimanapun, adalah menjadi tugas kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memastikan diri suci dan bersih daripada najis.
Wallahu a’alam.
___________________________________
*******************************************************************
4 OGOS 2025 (ISNIN)
(10 SAFAR 1447H)
KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MUHAMMAD AMIRULLAH
KITAB ASAS AQIDAH TAKMIR NEGERI SEMBILAN
Bab Rukuk dan Tamakninah
https://akuislam.com/panduan/niat-solat/
Tambahan
Bagaimanakah niat solat yang betul dan sempurna?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai niat dalam solat yang betul dan tepat dalam solat.
Soal jawab soalan lazim berkaitan niat dalam solat juga turut disediakan bagi membantu anda.
- Maksud Niat
- Syarat Sah Niat Solat
- Makna Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin
- Bahagian Wajib Dan Sunat Dalam Sesuatu Niat
- Qashad Dan Ta’yin Dalam Solat Sunat
- Soal Jawab Berkaitan:
- Adakah niat adalah sebahagian daripada rukun solat ataupun syarat sah solat?
- Kita perlu niat dahulu atau takbirratul ihram dahulu?
- Mengapa kita perlu berniat? Bukankah kita berniat secara automatik apabila melakukan sesuatu perkara?
- Bolehkah angkat takbir tanpa menyebut “Usolli” terlebih dahulu?
- Saya tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab. Bolehkah saya lafaz niat dalam bahasa melayu?
- Adakah niat perlu selari dengan takbiratul ihram? Bagaimana sekiranya niat itu hadir lebih awal ataupun sedikit lewat daripada takbiratul ihram?
- Adakah sah solat jika niat tidak disertakan dengan “Lillahi Taala”?
- Saya berniat untuk solat ganti isyak tetapi berubah niat bagi melakukan solat tunai isyak. Adakah ini dibenarkan?
- Saya mengerjakan Solat Zuhur pada lewat waktu. Semasa rakaat kedua, baru saya sedar waktu tersebut sebenarnya sudah Asar. Bolehkah saya ubat niat kepada Solat Asar?
- Saya was-was sama ada sudah niat solat atau tidak ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang semula takbiratul ihram atau berhenti solat dan ulang semula solat?
- Selesai solat, saya baru teringat yang saya tidak menetapkan jumlah rakaat dalam niat ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang solat?
- Nota Rujukan
- Penutup
Pengenalan
Ini adalah bab 3 dari siri panduan solat sempurna.
Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan niat dalam solat secara spesifik.
Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai niat dalam solat secara sempurna seterusnya ibadah kita menjadi lebih baik.
Mari kita mulakan..
Maksud Niat
Apakah maksud niat?
Maksud niat adalah seperti berikut:
Niat ialah gerak hati sendiri untuk melakukan sesuatu bersama-sama dengan perbuatannya.
Dan perbuatannya itu bukan dilakukan dengan secara terpaksa.
Firman Allah:
Dan tidaklah mereka disuruh melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam agama…
— Surah al-Bayyinah ayat 5
Ijmak ulama mengatakan perlunya niat dalam solat dan ibadah umum.
Tujuannya adalah untuk:
- Membezakan ibadah dengan adat
- Membezakan ibadah sama ada fardu, sunat atau nazar
- Membezakan jenis-jenis ibadah sama ada solat subuh, zuhur, asar… dll.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya amal-amal itu dinilai dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap seseorang pahalanya berdasarkan apa yang dia niatkan.
(Hadis ini masyhur riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Syarat Sah Niat Solat
Terdapat beberapa syarat sah bagi niat:
1. Hendaklah dilakukan dengan hati 1. Berniat ketika takbiratul ihram iaitu menghadirkan niat bermula dari huruf Alif dalam kalimah َللّٰهُ dan sebelum huruf Ra’ dalam kalimah أَكْبَرُ (disebut muqaranah kamaliyyah).Niat boleh dihadirkan di antara kedua-dua huruf itu (muqaranah ‘urfiyyah)
1. Ketika berniat, 3 perkara ini wajib ada dalam niat:- Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin, jika solat fardu.
- Qashad dan Ta’yin, jika solat sunat yang ada waktu
- Qashad sahaja jika solat sunat Mutlak
Makna Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin Dalam Sesuatu Niat
Para ulama menetapkan beberapa syarat yang perlu ada dalam niat solat.
Dalam melafazkan sesuatu niat, ia akan terdiri daripada tiga komponen.
3 komponen atau perkara ini dikenali sebagai Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin.
Tiga bahagian ini disyaratkan untuk solat fardu.
Untuk solat sunat pula, hanya dua sahaja bahagian yang disyaratkan.
Manakala untuk solat sunat mutlak hanya satu daripadanya disyaratkan.
Tanpa perkara-perkara ini, niat tidak sah dan tidak sempurna.
| Istilah | Makna | Merujuk Kepada Sebutan |
|---|---|---|
| Qashad | Melakukan sesuatu kerana gerak hati sendiri | “Usholli” (Sahaja aku) |
| Ta’arrudh / Fardhiyyah | Menyatakan fardu | “Fardu” |
| Ta’yin | Menentukan solat fardu apa (Subuh, Zuhur …) | “Zuhri”, “Asri” |
Bahagian Wajib Dan Sunat Dalam Sesuatu Niat
Qashad Dan Ta’yin Dalam Solat Sunat
| Jenis solat sunat | Contoh | Mesti ada | Contoh |
| (i) Solat sunat yang mempunyai waktu (ii) Solat sunat yang mempunyai sebab | Contoh solat yang mempunya waktu: Solat sunat rawatib Contoh solat yang mempunya sebab: Solat minta hujan dan gerhana | (i) Qashad dan (ii) Ta’yin *Tidak wajib berniat ‘sunat’, tetapi sunat jika berniat ‘sunat’ | أُصَلِّى سُنَّةَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى 1) Qashad: Usolli (sahaja aku) 2) Ta’yin: Qabliyyatan (sebelum) |
| Solat sunat mutlak | Solat yang tidak mempunyai waktu dan sebab, semata-mata sunat sahaja | Qashad sahaja | أُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Qashad: Usolli (sahaja aku solat) |
Soal Jawab berkaitan Dengan Niat Dalam Solat
1. Adakah niat adalah sebahagian daripada rukun solat ataupun syarat sah solat?
Menurut mazhab Syafi’e dan Maliki, niat termasuk dalam rukun hati (qalbi).
Justeru itu, solat tidak sah tanpa niat atau tanpa niat yang betul.
Sementara pada mazhab Hanbali dan Hanafi dan sebahagian Sarjana mazhab Maliki, mereka menganggapnya sebagai syarat sah solat.
Bagaimana pun, keempat-empat imam mazhab sepakat menyatakan solat tidak sah tanpa niat.
2. Kita perlu niat dahulu atau takbirratul ihram dahulu?
Niat dalam ibadah berbeza dengan rukun-rukun lain.
Ini kerana, niat adalah qasad dan kehendak bagi melakukan sesuatu ketika melakukannya.
Sekiranya niat dilakukan sebelum takbiratul ihram, ia dinamakan azam, iaitu sesuatu yang dicita-cita tetapi belum dilakukan.
Sekiranya seseorang itu bercadang untuk solat zuhur di masjid pada waktu zuhur nanti, itu adalah azam bukan niat.
Takrif niat ini dijelaskan dengan lebih sempurna dalam kitab I’anatul-Thalibin seperti berikut:
(Niat) dari segi syaraknya pula ialah keinginan bagi melakukan sesuatu dengan disertai perbuatan melaksanakan. Iaitu keinginan bagi melakukan sesuatu dalam keadaan ketika menginginkannya itu disertai dengan perbuatan bagi mendapatkan sesuatu itu.
(I’anatul-Thalibin, jilid 1, muka surat 126)
Sekiranya mendirikan solat subuh, niat atau keinginan bagi mendirikan solat subuh dua rakaat semata-mata kerana Allah, perlu hadir dalam hatinya ketika dia melafazkan takbiratul ihram.
3. Mengapa kita perlu berniat? Bukankah kita berniat secara automatik apabila melakukan sesuatu perkara?
Niat dalam ibadah berperanan membezakan sesuatu perbuatan itu sama ada ia menjadi ibadah ataupun sekadar adat kebiasaan.
Perbuatan yang dilakukan sebagai ibadah perlu dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan kerana sebab lain ataupun kerana tidak sengaja.
Banyak perbuatan kita yang sama dengan ibadah, tetapi tidak dianggap ibadah kerana tidak dilakukan semata-mata kerana Allah.
Misalnya, mereka yang berpuasa kerana mahu menjaga bentuk badan tidak dianggap sebagai puasa sunat ataupun wajib.
Mereka yang melakukan pergerakan dalam solat yang mirip dengan pergerakan senaman, tidak dianggap ibadah jika dilakukan semata-mata demi menjaga kesihatan.
Mereka yang berada di dalam masjid kerana menunggu rakan tidak mendapat pahala iktikaf sekiranya tidak berniat melakukan iktikaf
4. Bolehkah angkat takbir tanpa menyebut “Usolli” terlebih dahulu?
Niat ialah keinginan hati yang hadir seiring dengan perbuatan.
Memandangkan ia perbuatan hati, sudah tentu empunya diri sahaja yang tahu.
Lafaz Usolli yang diucapkan sebelum takbiratul ihram hanya lafaz niat yang sunat diucapkan.
Mazhab Syafi’e dan Hanbali menghukum lafaz niat sebagai sunat yang bertujuan menetapkan niat dalam hati.
Terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab Maliki dan Hanafi yang beranggapan lafaz niat tidak disyariatkan dalam solat.
Kecuali sekiranya, orang yang hendak mengerjakan solat itu was-was.
Oleh yang demikian, semua mazhab utama tidak melarang secara mutlak lafaz niat ini.
5. Saya tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab. Bolehkah saya lafaz niat dalam bahasa melayu?
Lafaz niat hukumnya sunat, bukan wajib.
Ia bertujuan membantu hati menetapkan niat.
Oleh itu dibolehkan mengucap lafaz niat dalam bahasa yang difahami.
6. Adakah niat perlu selari dengan takbiratul ihram? Bagaimana sekiranya niat itu hadir lebih awal ataupun sedikit lewat daripada takbiratul ihram?
Sesetengah orang mempunyai masalah sukar untuk berniat serentak dengan takbiratul ihram, sehingga menyebabkan angkat takbir berulang kali.
Berkaitan masalah ini, pendapat muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’e ialah sunat melafazkan niat pada semua ibadah.
Ia diqiaskan kepada perbuatan Nabi SAW bertalaffuzh (melafazkan niat sebelum) ketika mengerjakan haji dan umrah, berpuasa dan berkorban.
Qias adalah salah satu sumber hukum (adillah syar’yyati) dalam mengeluarkan (istinbat) hukum dalam Mazhab Syafi’e
Rasulullah SAW pernah melafazkan niat ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Daripada Anas r.a beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan, ‘Labbaika, (aku menyahut seruan-Mu ya Allah) aku sengaja mengerjakan umrah dan haji.
— Riwayat Muslim1
Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan di dalam Tuhfah, bahawa Usholli ini diqiaskan kepada haji.
PENDAPAT ULAMA
Imam Ramli menyebutkan di dalam Nihayah al-Muhtaj, 1/437:
Disunatkan melafazkan apa yang diniatkan sebelum (hampir-hampir) takbiratul ihram (solat) agar lidah dapat membantu hati dan agar menghindarkan daripada was-was.
Di dalam Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah ‘Ulama SeMalaya di Kepala Batas, Pulau Pinang setelah merujuk kepada kitab An-Nihayah, At-Tuhfah, Al-Muhazzab, Al-Mughni dan lain-lain dalam mazhab Syafi’e, sebabnya ialah:
- Ia menolong hati untuk lebih tetap untuk solat
- Menjauhkan was-was
- Memelihara qaul (pendapat) yang mengatakan wajib bertalaffuzh.
- Qias pada niat haji seperti dalam riwayat Anas di atas2
Menurut Ustaz Azhar Idrus, siapa yang kesukaran ia berniat di dalam takbir maka diberi kelonggaran atasnya bertaklid kepada pendapat imam Hanafi dan Hanbali yang mengatakan sah berniat sebelum takbir dengan masa yang sedikit.
Maksud masa yang sedikit itu ialah berniat ketika hendak mengangkat takbir.
Perkara ini adalah bersandarkan kaedah الأمر إذا ضاق اتسع yang ertinya:
Suatu perkara itu apabila sempit ia maka dilonggarkan sedikit hukumnnya.”
Maksudnya apabila seseorang itu menghadapai kesukaran untuk menghadirkan niat ketika melafazkan takbir maka diberi kelonggaran hukum baginya untuk berniat sebelum dari takbir.
Begitu juga pendapat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, niat boleh didahulukan daripada takbir.
Begitu juga, niat tempatnya di dalam hati tetapi melafazkan dengan lidah bagi menghadirkan hati adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Syafi’iyyah.
7. Adakah sah solat jika niat tidak disertakan dengan “Lillahi Taala”?
Sah solat tanpa menetapkan kerana Allah (lillahi taala), kerana semua ibadah yang kita lakukan hanya untuk Allah.
Tetapi digalakkan mengaitkan perbuatan itu kerana Allah bagi menguatkan rasa hati.
8. Saya berniat untuk solat ganti isyak tetapi berubah niat bagi melakukan solat tunai isyak. Adakah ini dibenarkan?
Tidak sah solat yang berubah daripada solat ganti kepada solat tunai.
Ini kerana, salah satu syarat niat solat adalah tetap jenis solat yang dilakukan — sama ada tunai atau qada, sunat atau fardu.
9. Saya mengerjakan Solat Zuhur pada lewat waktu. Semasa rakaat kedua, baru saya sedar waktu tersebut sebenarnya sudah Asar. Bolehkah saya ubat niat kepada Solat Asar?
Solat yang dilakukan di luar waktunya tidak sah.
Menukar niat kepada solat yang lain juga tidak diharuskan kerana niat memerlukan ketetapan jenis solat yang dikerjakan.
Ini kerana awak sudah memutuskan niat solat fardu yang pertama, sedangkan niat solat fardu yang kedua tidak dilakukan ketika takbiratul ihram.
10. Saya was-was sama ada sudah niat solat atau tidak ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang semula takbiratul ihram atau berhenti solat dan ulang semula solat?
Solat adalah ibadah yang memerlukan niat.
Melakukan solat dalam keadaan syak dan tidak pasti menyebabkan solat tidak sah.
Ulama mazhab Syafi’e menyatakan dalam situasi ini, anda hendaklah berhenti daripada solat itu dan mengulangi semula daripada takbiratul ihram dan niat.
Ini kerana asal sesuatu perkara yang diragui dianggap seperti tiada.
11. Selesai solat, saya baru teringat yang saya tidak menetapkan jumlah rakaat dalam niat ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang solat?
Tidak disyaratkan menetapkan jumlah rakaat setiap solat fardu yang dikerjakan, asalkan ditetapkan jenis solat itu.
Solat anda sah dan tidak perlu diulang.
Tetapi digalakkan menetapkan jumlah rakaat untuk bebas daripada perbezaan pendapat dengan ulama-ulama lain yang mewajibkannya.
Nota Rujukan
Rujukan panduan ini adalah:
- Praktikal Solat Sempurna, Ustaz Muhadir Haji Joll
- Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Ustaz Rohidzir Rais
- Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
- Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.
Penutup
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.
*******************************************************************
21 JULAI 2025 (ISNIN) (25 MUHARRAM 1447H)
KULIAH MAGHRIB
Syukuri , Alhamdulillah
Kaedah Bacaan Ai Fatehah dan Tajwid hendaklah betul. Kesalahan yang jelas membatalkan solat.
Contoh-contohnya.
4 tempat yang mustajab untuh berdoa.
1) Selepas alFatehah , 2) Rukuk 3) Sujud 4) Tahiyat Akhir. Berdoa dalam hati kecuali gunakan bahasa Al-Quran atau AlHadis.
===================================================================
https://akuislam.com/panduan/bacaan-al-fatihah-dalam-solat/Pengenalan
Ini adalah bab 4 dari siri panduan solat sempurna.
Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan bacaan al-Fatihah dalam solat secara spesifik.
Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai bacaan al-Fatihah dalam solat secara sempurna seterusnya solat kita diterima Allah.
Mari kita mulakan..
Hukum Bacaan al-Fatihah Dalam Solat
Rukun keempat dalam solat adalah membaca al-Fatihah.
Bacaan al-Fatihah adalah wajib pada tiap-tiap rakaat mengikut tertib.
Dalil kewajipan al-Fatihah:
Hadis daripada Ubadah bin ash-Shamit, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Tidak sah orang yang tidak membaca surah al-Fatihah.
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang solat suatu solat, tidak membaca di dalamnya surah al-Fatihah, maka ia dikira cacat, ia cacat, ia cacat, iaitu tidak sempurna (tidak sah).
— Riwayat Muslim
Syarat Sah Bacaan al-Fatihah
- Membaca dengan tertib susunan ayat surah Al-Fatihah.
- Dibaca dengan muwalat iaitu dibaca terus-menerus. Jika berhenti lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi, maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal.
- Membaca semua ayat surah al-Fatihah termasuklah basmallah dan memelihara harakat dan tajwidnya.
- Membaca semua tasydid (bacaan bersabdu) yang ada dalam surah al-Fatihah[1]
- Tidak berhenti lama ketika membaca ayat-ayat surah al-Fatihah lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi. Jika dibuat demikian maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal.
- Membaca ayat-ayat surah al-Fatihah dalam keadaan berdiri (untuk solat fardu jika mampu berdiri).
- Sekurang-kurangnya mendengar sendiri bacaan al-Fatihah yang dibaca sendiri[2]
- Membaca ayat-ayat surah al-Fatihah dan tidak diselang-seli dengan kalimah (perkataan) lain yang bukan sesuatu yang menjadi kemaslahatan solat.
- Membaca surah al-Fatihah dengan niat melaksanakan rukun solat.
- Membaca surah al-Fatihah dengan bahasa arab,
Nota Kaki
1
Jika tidak dibaca tasdidnya, maka bacaan lafaz tersebut batal. Jika
tidak diulang kembali, maka batal solatnya rukun surah al-Fatihahnya
sudah batal.
Jika membaca tasydid pada huruf yang tidak ada tasydid, tidak membatalkan solat atau bacaan jika tidak mengubah makna.
Jika mengubah makna, batal bacaannya sama ada sengaja atau tidak.
Batal solatnya jika tahu dan sengaja
2 Dikecualikan bagi orang pekak.
Hukum Membaca Basmallah Dalam Surah Al-Fatihah
Basmallah adalah salah satu ayat daripada surah al-fatihah.
Menurut mazhab Syafi’e, basmallah merupakan satu sayat daripada surah al-Fatihah, maka tidak sah solat jika tidak membacanya.
Allah berfirman:
Dan sungguh Kami telah berikan kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang berulang-ulang dan al-Quran yang agung.
— Surah al-Hijr ayat 87
Menurut ulama, “tujuh ayat yang berulang-ulang” dalam ayat ini merujuk kepada surah al-Fatihah kerana surah ini mengandungi 7 ayat yang sentiasa dibaca berulang-ulang pada tiap-tiap rakaat solat sama ada fardu atau sunat.
Dan ayat yang pertama dalam surah al-Fatihah ialah basmallah.
Tasydid Dalam Surah al-Fatihah
Tasydid-tasydid yang terdapat dalam surah al-Fatihah ada 14 tempat semuanya.
Mengucapkan “Amin” (Berta’min) Selepas Membaca Surah al-Fatihah
Bacaan ta’min hukumnya adalah sunat haiah.
ﺁمِينُ
Kabulkan permintaan kami, ya Allah!
Dalil mengenai perkara ini disebutkan dalam satu hadis:
Adalah Nabi SAW, ketika selesai daripada pembacaan al-Fatihah, Baginda membaca: Amin(perkenankanlah ya Allah), Baginda menyaringkannya dan memanjangkan suaranya ketika membacanya.
— Riwayat Bukhari dan Abu Dawud
Hendaklah menyaringkan dan memanjangkan suara ketika menyebut “Amin” dan sunat makmum bersama-sama imam mengucapkan “Amin”.
Rasulullah bersabda:
Apabila imam mengucapkan “Amin”, maka kamu bacalah “Amin” kerana sesiapa yang berbetulan sebutan Aminnya dengan Aminya para malaikat, diampunkan dosanya yang telah lalu
— Muttafaq ‘Alaih
Rasulullah juga bersabda:
Sebutlah kamu semua: “Amin”, nescaya Allah akan menyayangi kamu
— Riwayat Muslim dan Abu Awanah
Membaca Surah Selepas Membaca al-Fatihah
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, maka bacalah surah atau ayat al-Quran pada dua rakaat pertama bagi imam dan bagi orang yang solat bersendirian.
Hukumnya adalah sunat haiah.
Dalilnya daripada al-Barra’ katanya:
Aku mendengar Rasulullah SAW membaca surah at-Tin ketika solat Isyak dan aku tidak pernah mendengar seorang pun yang lebih bagus suaranya atau bacaannya daripada Baginda.
— Muttafaq ‘Alaih
Menyaringkan Bacaan al-Fatihah Pada Solat Tertentu
Disunatkan untuk menyaringkan (memperkuatkan) bacaan surah al-Fatihah dan surah pada kedua-dua rakaat Solat Subuh, Jumaat, Tarawih dan Hari Raya.
Dan pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isyak.
Tetapi diperlahankan bacaan-bacaan tersebut pada solat yang lain.
Hukumnya juga sunat haiah.
Dalilnya adalah daripada Abu Hurairah; beliau berkata:
Adalah Nabi SAW membaca ketika Solat Subuh pada hari Jumaat Alif Lam Mim, Tanzil as-Sajadah dan Hal ata ‘alal Insan
— Muttafaq ‘Alaih
Hadis daripada Abu Hurairah; beliau berkata:
Adalah bacaan Nabi SAW pada waktu malam kadang-kadang Baginda merendah suaranya dan kadang-kadang meninggikannya.
— Riwayat Abu Dawud
Soal Jawab Berkaitan Bacaan al-Fatihah Dalam Solat
Berikut adalah beberapa persoalan yang berkaitan dengan al-Fatihah dalam solat
1. Adakah perlu membaca bismillah ketika membaca surah al-Fatihah dalam solat?
Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan sama ada bismillah sebahagian daripada surah al-Fatihah ataupun sebaliknya.
Mazhab Syafi’e berpendapat ia sebahagian daripada surah al-Fatihah.
Oleh itu, ia wajib dibaca ketika membaca al-Fatihah dalam solat.
Ini berdasarkan kepada hadis yang dilaporkan daripada Abu Hurairah:
Sekiranya kamu membaca Alhamdulillah, hendaklah kamu membaca bismillahir rahmanir rahim. Ia (al-Fatihah) adalah Ummul Quran dan Ummul Kitab, dan ia mempunyai tujuh ayat. Bismillahir rahmanir rahim adalah salah satu ayatnya.
— Dilaporkan oleh al-Darquthni
2. Bolehkah menggantikan surah al-Fatihah dengan mana-mana surah yang lain?
Membaca surah al-Fatihah termasuk rukun solat.
Oleh itu, tidak sah solat sekiranya menggantikan surah al-Fatihah dengan surah yang lain.
Ini berdasarkan hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW pernah berkata:
Tidak sah solat siapa yang tidak membaca al-Fatihah
— direkodkan oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab Solat; Wajib Membaca Al-Fatihah pada Setiap Rakaat
3. Saya baru memeluk Islam. Saya tidak pandai membaca al-Quran dan sukar menghafal surah al-Fatihah. Bagaimana saya mahu solat?
Anda boleh membaca sebahagian daripada surah al-Fatihah yang diingati dan menggantikan baki ayat yang tidak diingati dengan surah lain yang sama jumlah ayatnya ataupun lebih.
Anda juga boleh menggantikan baki ayat-ayat yang tidak diingatinya dengan zikir atau selawat sebanyak selawat ayat ayat yang tertinggal.
Ini berdasarkan kaedah fekah yang menyatakan apa yang tidak dapat dilakukan semuanya dengan sempurna, jangan ditinggalkan semuanya.
Tetapi sekiranya anda belum menghafal satu pun aya daripada surah al-Fatihah, dia boleh membaca surah-surah lain yang mempunyai jumlah ayat yang sama ataupun lebih.
Sekiranya surah-surah al-Quran yang lain juga tidak dapat dihafaz, dia boleh berzikir dan berselawat pada anggaran kebiasaan masa yang diambil untuk membaca al-Fatihah.
4. Bacaan al-Quran mempunyai qiraat yang pelbagai. Adakah harus membaca surah al-Fatihah dalam solat dengan mana-mana qiraat yang disukai?
Berdasarkan muzakarah jawatankuasa fatwa ke-16 yang dijalankan pada 18 Febuari 1986, qiraat yang boleh digunakan adalah bacaan yang masyhur di dunia dan di Asia, iaitu bacaan riwayat Hafsun
5. Sekiranya sebutan huruf dhod dalam surah al-Fatihah dibaca zho, adakah sah solat?
Membaca surah al-Fatihah dengan betul adalah rukun solat yang tidak boleh diabaikan.
Menyebut setiap perkataan dan huruf dengan sempurna dan betul adalah antara syarat bacaan al-Fatihah yang sempurna.
Sekiranya seseorang itu menyebut salah satu daripada huruf-huruf dalam surah al-Fatihah dengan sebutan yang tidak tepat, maka solat tidak sah.
6. Apakah hukum baca al-Fatihah tergesa-gesa. Misalnya, ketika masih menyebut waladhdholin, kita sudah mula membongkokkan badan untuk sujud. Apakah hukumnya?
Antara syarat sah bacaan al-Fatihah dalam solat adalah seluruh ayat surah ini hendaklah dibaca ketika sedang berdiri (qiam).
Mereka membaca al-Fatihah ketika rukuk ataupun rukuk ketika belum sempurna membaca al-Fatihah menyebabkan solat tidak sah kerana mengabaikan rukun membaca al-Fatihah.
7. Apakah hukum sering menghentikan bacaan al-Fatihah kerana batuk ataupun semput? Kadangkala lama diam sebelum kembali menyambung bacaan.
Disyaratkan dalam solat al-Fatihah hendaklah dibaca secara terus-menerus tanpa diam yang lama.
Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti batuk ataupun menangis atau sesak nafas, harus berhenti.
Solat yang dilakukan tetap sah.
8. Ketika solat tarawih,saya mendapati imam sering membaca surah al-Fatihah dengan pantas. Kadangkala dengan hanya senafas. Bolehkah begitu?
Bacaan surah al-Fatihah yang paling sempurna adalah dengan berhenti pada waqaf-waqaf yang ditetapkan.
Bagaimanapun, harus seseorang itu membacanya dengan menyambung sebahagian atau seluruh ayat-ayatnya.
Tetapi, bacaan bersambung ini hendaklah dibaca dengan menyambungkan setiap hujung ayat dengan ayat berikutnya.
Sebahagian daripada imam membaca keseluruhan ayat dengan satu nafas tetapi mawaqafkan pada setiap akhir ayat.
Ini cara yang salah.
Nota Rujukan
Rujukan panduan ini adalah:
- Praktikal Solat Sempurna, Ustaz Muhadir Haji Joll
- Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Ustaz Rohidzir Rais
- Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
- Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.
Penutup
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.
Jika ada sebarang persoalan berkaitan topik ini, bolehlah nyatakan hal tersebut pada ruangan di bawah.
======================================================================
HUKUM MEMBACA AL-FATIHAH SEKADAR DI DALAM HATI
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2184-al-kafi-662-hukum-membaca-al-fatihah-sekadar-di-dalam-hati
Soalan :
Bacaan al-fatihah dalam solat, adakah sah solat jika bacaan di dalam hati atau bunyi sahaja ?
Jawapan :
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Bacaan al-fatihah ketika solat adalah termasuk di antara rukun qauli (ucapan/perkataan) yang mana jika kita meninggalkannya maka tidak sah solat kita. Hendaklah bacaan al-fatihah itu dibaca dengan lisan iaitu dituturkan melalui lidah, bukannya di dalam hati. Kata Imam al Syafi’e Rahimahullah :
وَلَا يُجْزِئُ الرَّجُل أَنْ يحْرِمَ لِلصَّلَاة بِقَلْبِهِ ، وَلَا يَقْرَأ بِقَلْبِهِ حَتَّى يُحَرِّكَ لِسَانَهُ
Maksudnya ; Tidak sah bagi seorang lelaki mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hatinya, dan tidak sah pula dia membaca (al-fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia menggerakkan lidahnya. Rujuk Mukhtasar al Buwaithi (hlm. 244).
Pandangan Imam al-Syafi’e ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Khabbab R.anh bahawa beliau ditanyakan :
بِأَىِّ شَىْءٍ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ قِرَاءَةَ رَسُولِ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ قَالَ بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِهِ
Maksudnya : Dengan cara apakah kamu mengetahui bacaan Nabi S.A.W pada solat zohor dan asar ? Kata Khabbab: Kami (mengetahui bacaan Nabi SAW) dari pergerakan janggut baginda.
Riwayat Ibn Majah (826)
Kesimpulan
Kami menyatakan di sini, adalah tidak sah solat seseorang itu sekiranya bacaan al-fatihah dibaca melalui hati sahaja. Justeru, hendaklah bacaan al-fatihah dibaca dengan jelas melalui lidah sebatas pendengaran kita, dan tidak pula sehingga ke tahap mengganggu makmum yang bersebelahan. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.
****************************************************************************
Jun 2 dan Jun 16 2025 – Rukuk dan Tamakninah
Rukuk dan tamakninah adalah dua rukun penting dalam solat. Rukuk adalah gerakan membongkokkan badan hingga kedua tangan menyentuh lutut. Manakala tamakninah adalah berhenti seketika (diam) dalam setiap rukun solat termasuk rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud. Jika tidak melakukan tamakninah, solat tidak sah.
Rukuk:
- Rukuk adalah gerakan membongkokkan badan sehingga belakang badan lurus dan kedua tangan memegang lutut.
- Posisi rukuk yang betul adalah dengan meletakkan tangan pada lutut dan belakang badan lurus.
- Mata memandang ke arah tempat sujud.
Tamakninah:
- Tamakninah adalah berhenti seketika (diam) dalam setiap rukun solat.
- Tamakninah dalam rukuk bermaksud berhenti seketika setelah membongkokkan badan dan sebelum mengangkat kembali badan untuk iktidal.
- Kadar tamakninah yang paling pendek adalah sekadar diam seketika sehingga tulang belakang kembali lurus dan tenang.
- Tamakninah adalah wajib dalam setiap rukun solat. Jika tidak melakukan tamakninah, solat tidak sah.
- Contohnya, jika seseorang melakukan rukuk tetapi tidak tamakninah (tidak berhenti seketika), maka rukuknya tidak sah. Begitu juga dengan iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud.
Perkara Berkaitan Tamakninah:
- Pergerakan Kecil:
Jika seseorang melakukan pergerakan kecil seperti menggerakkan jari ketika rukuk, ia tidak membatalkan tamakninah selagi pergerakan itu tidak disengajakan dan tidak menghilangkan tempoh tamakninah yang sepatutnya, menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor https://emusykil.muftiselangor.gov.epu/index.php/site/jawapan?id=3115.
· · Lutut Bergetar:
Jika lutut bergetar sedikit semasa rukuk kerana faktor fizikal, ia tidak membatalkan tamakninah, menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor https://emusykil.muftiselangor.gov.epu/index.php/site/jawapan?id=3115.
· · Ragu Tamakninah:
Jika ragu sama ada tamakninah telah dilakukan atau tidak, maka hendaklah kembali melakukan tamakninah pada rukun tersebut. Jika ragu semasa iktidal, maka perlu melakukan iktidal semula.
Wajib Tamakninah Dalam Solat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi s.a.w. masuk ke dalam masjid. Ada seorang lelaki juga masuk ke dalam masjid lalu solat. Selepas itu, dia datang dan memberi salam kepada Nabi s.a.w. Baginda menjawab salamnya lalu berkata,
ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، فَصَلَّى، ثُمَّ جَاءَ، فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ثَلاَثًا، فَقَالَ: وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالحَقِّ، فَمَا أُحْسِنُ غَيْرَهُ، فَعَلِّمْنِي، قَالَ: إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَكَبِّرْ، ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلاَتِكَ كُلِّهَا
“Pergilah, ulangi solatmu kerana kamu masih belum solat.” Lelaki itu kemudian mengulangi solatnya kemudian kembali bertemu dengan baginda dan memberi salam. Baginda kemudian berkata lagi, “Pergilah, ulangi solatmu kerana kamu masih belum solat.” Baginda memerintahkannya sehingga tiga kali lalu lelaki itu berkata, “Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak mampu melakukan solat yang lebih baik daripada ini. Ajarlah aku.” Baginda bersabda, “Jika kamu solat, maka bertakbirlah lalu bacalah ayat yang mudah dari al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga benar-benar rukuk, lalu bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah sehingga kamu benar-benar sujud. Lakukanlah seperti ini dalam seluruh solatmu.” (Riwayat al-Bukhari)
……………
Wajib Tenang Ketika Solat
Biasanya kita mendengar perkara yang wajib dalam solat ialah bertakbir, membaca al-Fatihah, rukuk, sujud dan sebagainya. Namun antara perkara wajib yang sering diabaikan ialah tenang dalam solat!
Dalam istilah teknikalnya, tamakninah dalam solat. Tamakninah ertinya diam, berhenti atau bertenang sebentar ketika rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud sehingga solat itu dikerjakan dengan tenang dan khusyuk. Perkara ini yang sering kita abaikan ketika solat bahkan ianya terjadi dalam kalangan sahabat nabi sebagaimana dalam hadis utama sebelumnya.
Menurut imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, hadis ini menjadi dalil bahawa wajibnya tamakninah dalam solat. Begitu juga ketika iktidal, iaitu bangun selepas rukuk, wajib untuk tamakninah. Ini merupakan pandangan mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali.
Kerana itu disunatkan membaca tasbih dalam rukuk dan sujud sebanyak tiga kali. Salah satu tujuannya agar dapat mencapai ketenangan dalam pergerakan. Namun, tempoh minima yang disebutkan ulama untuk tamakninah ialah sekurang-kurangnya bacaan sekali tasbih.
Mencuri Sambil Solat
Perbuatan yang sering kali dilakukan sebahagian orang namun mereka tidak sedar akan kesalahannya. Mereka menyangka sedang beribadah, namun dalam waktu yang sama mereka juga ‘mencuri’. Itulah perumpamaan orang yang solat tergesa-gesa sehingga meninggalkan tamakninah ketika solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا قَالَ لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا
“Seteruk-teruk pencuri ialah pencuri dalam solat.” Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, bagaimanakah mencuri ketika solat? Baginda menjawab, “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Ahmad)
Termasuk kesalahan besar yang diremehkan saat solat ialah meninggalkan tamakninah. Kerana itu, meninggalkan tamakninah menurut majoriti ulama, membatalkan solat. Sesungguhnya tidak ada makna sesebuah solat, tanpa tamakninah. Dengannyalah, solat jadi indah, khusyuk dicapai dan kelazatan solat dirasai.
Tamakninah merupakan rukun solat yang wajib disempurkan oleh setiap orang yang solat bagi memastikan solat tersebut sah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa pada suatu ketika Rasulullah SAW telah masuk ke dalam masjid lalu masuk seorang lelaki dan lantas melakukan solat dengan tergesa-gesa tanpa tamakninah. Selepas solat lelaki itu memberi salam kepada Nabi SAW lalu Nabi SAW membalas salamnya dan menyuruhnya kembali solat kerana sebenarnya dia tidak solat. Perkara yang sama berulang sehingga tiga kali.
Lalu lelaki itu berkata; Demi tuhan (Allah) yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, aku tidak tahu solat yang lebih baik melainkan apa yang engkau lihat dariku. Maka ajarkanlah aku; Rasulullah SAW bersabda;
إذَا قُمْتَ إلى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ، ثُمَّ اقْرَأْ ما تَيَسَّرَ معكَ مِنَ القُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ حتَّى تَعْدِلَ قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ حتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا، وافْعَلْ ذلكَ في صَلَاتِكَ كُلِّهَا
Maksudya: Apabila kamu bangun untuk solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah apa yang mudah untuk kamu dari ayat al-Quran, kemudian rukuklah sehingga tamakninah, kemudian bangunlah iktidal, kemudian sujudlah sehingga tamakninah kemudian bangunlah darinya (duduk antara dua sujud) berserta tamakninah dan buatlah begitu dalam solat keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat yang lain, Abu Qatadah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
أسوأُ الناس سَرِقةً الذي يسرق من صلاتِه، قالوا: يا رسول الله، كيف يسرِقُ من صلاتِه؟ قال: لا يتِمُّ ركوعَها ولا سُجودَها، أو لا يقيمُ صُلبَه في الركوع ولا في السُّجود
Maksudnya: Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri sesuatu dari solatnya. Para sahabat bertanya " Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang boleh mencuri sesuatu dari solatnya? Rasulullah SAW bersabda; "Apabila dia tidak menyempurnakan rukuk, sujud atau tidak meratakan tulang belakangnya ketika rukuk dan ketika sujud. (Riwayat Ahmad)
Berikut adalah jawapan kepada soalan yang diajukan.
1.Pergerakan kecil seperti menggerakkan satu jari tidak menjejaskan tamakinah tidak membatalkan solat. Namun jika ianya dilakukan tanpa sebarang keperluan maka ia dikira melakukan perkara sia-sia yang akan menjejaskan kualiti solatnya.
2.Lutut bergetar semasa rukuk tidak membatalkan solat sekiranya getaran kecil. Sekiranya getaran tersebut besar berkemungkinan kerana sakit dan tidak mampu rukuk seperti biasa maka wajib rukuk secara duduk mengikut kemampuan.
3.Syak samaada sempurna tomakninah atau tidak ketika hendak sujud, sekiranya pergerakan baru sedikit membongkok maka boleh kembali i'tidal. Namun sekiranya telah membongkok banyak, maka hendaklah meneruskan solat dan rakaat itu tidak diambil kira. Sekiranya syak itu berlaku selepas dari salam, maka ia tidak menjejaskan solat tersebut dan tidak perlu mengulanginya semula.
4.Tomakninah adalah diam sebentar dari melakukan sebarang pergerakan dengan pilihan sendiri seperti menggaru, menepuk dan melangkah. Tomakninah adalah wajib ketika rukuk, i'tidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Kadar minimum diam tersebut adalah sekadar dapat membezakan antara rukun yang terdahulu dan rukun yang selepasnya dengan kadar mengucap 'subhanallah' sebanyak sekali. Adapun jika berlaku pergerakan di luar pilihan seperti kerlipan mata dan degupan jantung ia tidak membatalkan tomakninah.
Teknik Khusyuk Dalam Solat
Mencapai khusyuk bukan semudah yang disangka kerana ia merupakan amalan terawal yang hilang dan diangkat oleh Allah sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat Nabi bernama Ubadah bin al-Samit yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi. Hadis yang sama juga diriwatarkan dalam riwayat Ahmad, sahabat Nabi bernama Auf bin Malik berkata,
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَنَظَرَ فِي السَّمَاءِ ثُمَّ قَالَ هَذَا أَوَانُ الْعِلْمِ أَنْ يُرْفَعَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ زِيَادُ بْنُ لَبِيدٍ أَيُرْفَعُ الْعِلْمُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِينَا كِتَابُ اللَّهِ وَقَدْ عَلَّمْنَاهُ أَبْنَاءَنَا وَنِسَاءَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ كُنْتُ لَأَظُنُّكَ مِنْ أَفْقَهِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ثُمَّ ذَكَرَ ضَلَالَةَ أَهْلِ الْكِتَابَيْنِ وَعِنْدَهُمَا مَا عِنْدَهُمَا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
فَلَقِيَ جُبَيْرُ بْنُ نُفَيْرٍ شَدَّادَ بْنَ أَوْسٍ بِالْمُصَلَّى فَحَدَّثَهُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ فَقَالَ صَدَقَ عَوْفٌ ثُمَّ قَالَ وَهَلْ تَدْرِي مَا رَفْعُ الْعِلْمِ قَالَ قُلْتُ لَا أَدْرِي قَالَ ذَهَابُ أَوْعِيَتِهِ قَالَ وَهَلْ تَدْرِي أَيُّ الْعِلْمِ أَوَّلُ أَنْ يُرْفَعَ قَالَ قُلْتُ لَا أَدْرِي قَالَ الْخُشُوعُ حَتَّى لَا تَكَادُ تَرَى خَاشِعًا
Ketika kami duduk-duduk di samping s.a.w. pada suatu hari, beliau memandang ke langit lalu bersabda: "Inilah saatnya ilmu diangkat." Lalu seseorang dari Ansar bernama Ziyad bin Labid bertanya: Adakah ilmu terangkat padahal ditengah-tengah kami ada kitab Allah (al-Quran), kami mengajarkannya kepada anak-anak dan isteri kami?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dahulu aku menyangka engkau penduduk Madinah yang paling mengerti." Setelah itu beliau menyebutkan kesesatan ahli dua kitab padahal keduanya memiliki kitab Allah azza wajalla. Setelah itu Jubair bin Nufair menemui Syaddad bin Aus di tempat solat lalu menceritakan hadis dari ‘Auf bin Malik ini padanya, ia berkata: ‘Auf benar. Setelah itu ia bertanya: Tahukah kamu apakah diangkatnya ilmu itu? Syaddad menjawab: Aku tidak tahu. Jubair berkata: Hilangnya wadah-wadahnya. Jubair bertanya: Tahukah kamu ilmu apa yang pertama kali terangkat? Syaddad menjawab: Aku menjawab: Aku tidak tahu. Jubair menjawab: Khusyuk. Hingga hampir saja kau tidak akan melihat lagi orang yang khusyuk. (Riwayat Ahmad)
Walaupun tidak mudah, namun sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mampu dekat dengan khusyuk. Terdapat pelbagai penafsiran tentang maksud khusyuk yang sebenar. Antara yang disebutkan ulama ialah:
1. Ali bin Abi Talib: Tidak menoleh ke kiri atau kanan.
2. Ibn Abbas: Merasa kerdil dan rendah diri.
3. Qatadah & Hasan al-Basri: Rasa takut kepada Allah.
4. Mujahid: Menundukkan pandangan dan merendahkan suara.
5. Sa‘id bin Jubair: Tidak mengetahui siapa di kanan dan kirinya serta tidak pula menoleh demi khusyuk kepada Allah.
6. Amru bin Dinar: Berdiam tetap dan baik keadaannya ketika solat.
7. Ibn Sirin: Tidak mengangkat pandangan mata daripada tempat sujud.
Jika selama ini kita sering solat ‘patuk ayam’, maka baikilah solat kita. Belajarlah untuk tenang ketika solat. Dengan mempraktikkan tamakninah serta definisi khusyuk yang disebutkan oleh ulama, rasa khusyuk sedikit sebanyak akan mulai hadir dalam solat kita. Apatah lagi jika kita dapat memahami maksud bacaan dalam solat, tentu khusyuk lebih bertambah. Semoga kita rasa seronok dengan solat.
**********************************************************
Mei 17 2025 – Bacaan Al-Fatehah
Wajib dibaca dan terang didengari oleh makmun bagi bacaan yang nyata seperti solat Subuh, Maghrib dan Isya.
Mukadimah
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pada hari ini, kami diberi satu pertanyaan khusus berkenaan dengan isu bacaan al-Fatihah dalam solat dengan menggunakan bahasa Inggeris. Justeru, kami berpendapat, isu ini bukanlah besar tetapi ia menjadi sebuah tanda tanya kepada ramai golongan sama ada yang Muslim atau saudara mualaf ketikamana mereka melaksanakan ibadat solat. Insya Allah, kami akan memberi respon dan jawapan dalam Bayan Linnas pada kali ini dengan tajuk Bacaan Al-Fatihah dalam Solat dengan Bahasa Inggeris. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Amin.
Ucapan Tahniah
Pertama sekali, kami mengucapkan tahniah kepada pengarah Michael Ang kerana memilih untuk kembali kepada agama fitrah, iaitu agama Islam. Suka kami nyatakan keislamannya memberi makna yang besar kepada umat Islam di Malaysia kerana beliau adalah salah seorang yang cukup berpengaruh dalam industri seni dan hiburan. Kami percaya bahawa keislamannya itu memberi sinar dalam kehidupannya sendiri untuk meniti hari-hari yang mendatang dengan panduan cahaya hidayah daripada-Nya. Kami berdoa kepada Allah SWT semoga saudara Michael Ang diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh sabar dan mengisinya dengan ketaatan kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita mengamalkan doa berikut:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Hukum Membaca Surah al-Fatihah dalam Solat
Berkenaan isu ini, para ulama’ telah khilaf kepada dua pendapat:
Pertama: Jumhur ulama’ dari kalangan Maliki, Syafi’e dan Hanbali berpendapat al-Fatihah merupakan rukun daripada rukun solat berdasarkan nas yang akan disebutkan nanti.
Kedua: Mazhab Hanafi berpendapat membaca al-Fatihah termasuk dalam wajib solat dan bukan rukun solat kerana sabitannya berdasarkan khabar wahid. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 32/9)
Kami berpendapat, hujah jumhur ulama’ adalah lebih kuat kerana itulah yang dilazimi oleh Rasulullah SAW, para sahabat, tabi’in dan salafus soleh.
Bacaan al-Fatihah dalam Solat dengan Bahasa Selain Arab
Solat mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri yang antaranya merangkumi rukun fi’li (perbuatan), rukun qauli (ucapan) dan rukun qalbi (hati). Membaca al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun qauli yang wajib dibaca dalam solat, selain bacaan tasyahhud dan selawat ke atas Nabi SAW. Manakala bacaan-bacaan lain adalah sunat.
Solat tidak sah jika tidak membaca surah al-Fatihah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.”
Riwayat al-Bukhari (756) dan Muslim (900)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهْىَ خِدَاجٌ. يَقُولُهَا ثَلاَثًا
Maksudnya: “Barangsiapa yang melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan ini diulang sehingga tiga kali.
Riwayat Muslim (907)
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Membaca al-Fatihah bagi yang mampu untuk membacanya merupakan kefarduan dan rukun yang mana tidak diterjemahkan kepada bahasa selain dari bahasa Arab dan juga tidak boleh diganti dengan bacaan yang lain daripada al-Quran. Ianya juga wajib dibaca pada kesemua solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/283)
Jika seseorang terlupa membaca al-Fatihah, kewajipan tersebut tidak tergugur daripadanya. Pandangan ini adalah kesepakatan yang telah disebut oleh jumhur ulama yang mazhab Syafie. Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmuk. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/288)
Manakala berkenaan bacaan makmum ketika bersama imam, Imam Nawawi menyebut:
وَاَلَّذِي عَلَيْهِ جُمْهُورُ الْمُسْلِمِينَ الْقِرَاءَةُ خَلْفَ الْإِمَامِ فِي السِّرِّيَّةِ وَالْجَهْرِيَّةِ
Maksudnya: Jumhur umat Islam berpendapat wajib membaca al-Fatihah di belakang imam sama ada pada solat Sirr (perlahan) atau Jahr (kuat). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/365)
Imam al-Baijuri ada menjelaskan berkenaan beberapa syarat yang perlu dijaga ketika membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang, antaranya:
- Membacanya dalam bahasanya yang asal iaitu bahasa Arab dan tidak menterjemahkannya ke dalam bahasa lain, kerana jika diterjemahkan akan hilanglah mukjizat al-Qur‘an itu.
- Khusus bagi orang yang tidak mampu membaca surah al-Fatihah, hendaklah membaca penggantinya dari surah-surah lain juga dalam bahasa Arab. (Lihat Hasyiyah al-Baijuri, 1/290. Lihat juga al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/255)
Kami nyatakan juga daripada pendapat al-Baijuri, bahawa jika sekiranya tidak mampu membaca apa-apa hatta doa sekalipun, hendaklah dia berdiri seperti biasa sekadar membaca al-Fatihah. (Lihat Hasyiyah al-Baijuri, 1/290)
Pendapat Ibnu Qudamah dalam Mazhab Hanbali: Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam kitab al-Mughni menyebut: Tidak memadai membaca al-Fatihah selain daripada bahasa Arab serta tidak boleh menukarkan lafaznya dengan lafaz Arab yang lain sama ada seseorang itu baik bacaannya dalam bahasa Arab ataupun tidak. Inilah juga pendapat Imam Syafi’e, Abu Yusuf dan Muhammad ibn Hasan al-Syaibani. Sedangkan Abu Hanifah berpendapat harus membaca demikian itu selain daripada bahasa Arab. Para ashabnya menambah, ini bagi mereka yang tidak baik dalam penguasaan bahasa Arab. (Lihat al-Mughni, 1/350)
Syor dan Cadangan
Kami nyatakan seperti berikut:
- Boleh mulakan dengan menghafal perkara-perkara rukun terlebih dahulu seperti al-Fatihah. Mungkin boleh hafal secara beransur-ansur mengikut potongan ayat seperti menghafal satu hari satu ayat atau satu minggu satu ayat. Dan kemudian menambah lagi sedikit demi sedikit secara beransur-ansur. Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
Surah al-Qamar (17)
Imam Ibn Kathir ketika menjelaskan ayat di atas, menukilkan pendapat Mujahid yang berkata: "Yakni, bacaannya menjadi mudah." Al-Suddi pula berkata: "Ertinya, Kami mudahkan bacaannya bagi semua lidah." (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 7/135)
Kemudian boleh meneruskan hafalan rukun-rukun qauli yang lain seperti bacaan tahiyat dan selawat dengan memulakan dengan hafalan yang ringkas dahulu.
- Adapun perbuatan menterjemahkan mengikut pandangan jumhur ulamak tidak dibenarkan kecuali satu pendapat dalam mazhab Hanafi yang menyatakan boleh untuk membaca seperti terjemahan akan tetapi diberi tempoh tertentu.
- Kepada yang tidak mampu baca al-Fatihah dalam bahasa Arab, bacalah ayat al-Quran seperti membaca “بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ” yang diulang tujuh atau lapan kali seolah-olah sudah menyamai surah al Fatihah.
- Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Qur’an, maka bolehlah orang itu menggantikannya zikir-zikir sebagai ganti tujuh ayat surah al-Fatihah berdasarkan hadis berikut:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ: إِنِّي لاَ أَسْتَطِيعُ أَنْ آخَذُ مِنَ القُرْآنِ شَيْئًا ، فَعَلِّمْنِي مَا يُجْزِئُنِي مِنهُ ، قَالَ: قُلْ: سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ.
Maksudnya: Telah datang seseorang kepada Nabi SAW, lalu beliau berkata kepada Baginda: Sesungguhnya aku tidak mampu mempelajari sesuatupun daripada al-Qur’an, maka ajarkanlah aku (bacaan) apa yang memadai bagiku (selain) daripada al-Qur’an.
Lalu Baginda SAW pun menjawab: Bacalah:
سُبْحَانَ اللَّهِ ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Maksudnya: (Maha suci Allah, dan segala puji hanya bagi Allah, dan tiada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada daya serta tiada kekuatan kecuali dengan (keupayaan dan kekuatan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar).
Riwayat Abu Daud (832), al-Baihaqi
(4148) dan Ahmad (19138)
- Pada kesempatan ini juga, kami ingin menjemput saudara Michael Ang untuk berkunjung ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan insya Allah kami akan hadiahkan beberapa buah buku yang sesuai bagi memudahkan beliau mengamalkan ajaran Islam. Selamat menjalani ibadah puasa juga kami ucapkan.
Penutup
Islam adalah satu agama yang lengkap, menyeluruh dan sentiasa sesuai dengan kondisi penganutnya. Allah SWT berfirman:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah: 286)
Allah SWT turut berfirman:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu;…”
(Surah al-Taghabun: 16)
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus mendalami ilmu agama dan menyebarkan kefahaman dan keindahan Islam kepada masyarakat sekeliling kita.
Kami akhiri Bayan Linnas pada kali ini dengan berdoa kepada Allah SWT:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Surah Ibrahim (40)
Akhukum fillah,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
5 Mei 2019 bersamaan 29 Sya’ban 1440 Hijrah.
Baca juga artikel berkaitan: al-Afkar #5: Mualaf Tidak Tahu Baca al-Fatihah dalam Solat


No comments:
Post a Comment