Ustaz HJ Suhaimi Bin Samad / Ahad Pagi


 KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
USTAZ HJ SUHAIMI SAMAD
TAFSIR ALQURAN

Surah Ali 'Imran (Surah ke-3 dalam Al-Quran) mempunyai 200 ayat dan diturunkan di Madinah. Surah ini dinamakan sempena kisah keluarga Imran (bapa kepada Maryam). Bersama Surah Al-Baqarah, ia dipanggil

SILA SHARE AGAR RAMAI AMBIL MANFAAT.. INSYAALLAH
Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW brsabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yg menunjukkn sesuatu kebaikan maka dia mndapat pahala sama seperti yg melakukannya."[Riwayat Muslim] 
 

Maklumat Penting
  • Jenis Surah: Madaniyyah (diturunkan di Madinah)
  • Bilangan Ayat: 200 ayat
  • Posisi: Juzuk 3 dan 4 
Kandungan Utama
  • Kisah keluarga Imran, kelahiran Maryam, serta kelahiran Nabi Isa a.s. secara mukjizat.
  • Penjelasan tentang akidah Islam dan hujah terhadap Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi).
  • Kisah Perang Uhud dan pengajaran penting di sebalik ujian serta kekalahan umat Islam.
  • Larangan mengambil riba dan seruan agar berpegang teguh pada tali Allah 

__________________________________________________________

AHAD, 26 JULAI 2026 , (11 SAFAR 1448H)
KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
USTAZ HJ SUHAIMI SAMAD
KITAB : TAFSIR AL QURAN
_Link Rujukan Kuliah : https://t.me/KuliahUstazSuhaimi 

Tafsiran Surah Ali Imran 195

Tafsir Surah Ali-Imran ayat 195 menjelaskan bahawa Allah SWT memperkenankan doa orang-orang yang beriman (Ulul Albab) dan menegaskan bahawa Dia tidak pernah menyia-nyiakan amal kebaikan sesiapa pun.
Intipati Utama & Tafsiran Ayat
  • Penerimaan Doa: Ayat ini adalah jawapan langsung daripada Allah SWT terhadap doa orang beriman yang merayu keampunan dan perlindungan-Nya pada ayat-ayat sebelumnya.
  • Persamaan Jantina: Allah SWT menegaskan amal soleh lelaki dan perempuan dinilai sama di sisi-Nya tanpa ada sebarang perbezaan.
  • Pengorbanan di Jalan Allah: Menerangkan ganjaran besar bagi mereka yang berhijrah, diusir dari kampung halaman, disakiti, berperang, dan gugur syahid demi mempertahankan agama Islam. 
  • Penghapusan Dosa & Syurga: Allah SWT berjanji akan menghapuskan kesalahan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai balasan terbaik. 

DOA 

  • Ayat 191 (Sifat Ulul Albab):
    Iaitu mereka yang sentiasa mengingati Allah semasa berdiri, duduk, dan semasa berbaring, serta mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. Mereka menyedari bahawa Allah tidak menciptakan semua ini dengan sia-sia, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, sucikanlah kami daripada siksaan neraka."
    [1]
  • Ayat 192 (Doa Memohon Perlindungan):
    Orang beriman mengakui bahawa sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya Allah telah menghinakannya. Orang yang zalim tidak akan mendapat sebarang penolong pada hari kiamat.
  • Ayat 193 (Doa Keampunan):
    Mereka merayu kepada Tuhan dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (Nabi Muhammad) yang menyeru kepada iman, iaitu 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, serta matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti."
  • Ayat 194 (Permohonan Pahala dan Janji):
    Mereka menyambung doa dengan memohon pahala yang telah dijanjikan oleh Allah melalui rasul-rasul-Nya, dan meminta agar tidak dihinakan pada hari kiamat kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya

  __________________________________________________________ 

AHAD PAGI,  23 Ogos 2026
Ustaz Hj Suhaimi Samad
Tafsir Surah Ali Imran
Ayat 191 - 194 

Terjemahan Ayat 191 - 194 (Bahasa Melayu)
  • Ayat 191:
    (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
  • Ayat 192:
    "Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya telah Engkau hinakan dia, dan orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang penolong pun."
  • Ayat 193:
    "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, (katanya): 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti."
     
  • Ayat 194:
    "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
     
 
Tafsir Surah Ali-Imran ayat 191 hingga 194 
Merakamkan sifat Ulul Albab (orang yang berakal sempurna), iaitu golongan yang sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan dan merenung kebesaran ciptaan langit serta bumi, lalu memohon keselamatan daripada azab neraka serta janji keampunan.
Tanda-Tanda Ulul Albab (Ayat 191)
  • Mengingat Allah dalam pelbagai posisi: berdiri, duduk, atau berbaring.
  • Memikirkan kejadian langit dan bumi dengan penuh kesedaran.
  • Menyedari bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
  • Berdoa memohon perlindungan daripada azab api neraka (Rabbana ma khalaqta hadza batilan...). 
Doa dan Harapan Orang Beriman (Ayat 192 - 193)
  • Menyedari bahawa sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka, maka kehinaan baginya.
  • Tiada penolong bagi orang yang zalim pada hari kiamat.
  • Mendengar seruan iman kepada Tuhan (An aminu birabbikum fa amanna), lalu mereka beriman.
  • Memohon ampun atas dosa-dosa dan menutup kesalahan (Takffir anna sayyi-atina).
  • Memohon agar dimatikan bersama orang-orang yang berbakti (Ma'al abrar).
Permohonan Janji Ilahi (Ayat 194)
  • Memohon pahala dan kebaikan yang telah dijanjikan melalui para rasul-Nya.
  • Memohon agar tidak dihinakan pada hari kiamat.
  • Meyakini bahawa Allah sentiasa menepati janji-Nya dan tidak memungkiri janji.


__________________________________________________________________ 

AHAD, 09 OGOS 2026
(25 SAFAR 1448H)
KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
USTAZ HJ SUHAIMI SAMAD
KITAB : TAFSIR AL QURAN
_Link Rujukan Kuliah : https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

 

___________________________________________________________________ 

 12 Julai 2026 - Ahad Pagi

Surah Ali Imran Ayat 185

" Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati .........................." 

____________________________________________________________________ 

_Link Rujukan Kuliah :https://t.me/KuliahUstazSuhaimi
 ******************************************************************** 

 10 OGOS 2025 (AHAD)
(16 SAFAR 1447H)

 Surah Ali Imran , Ayat: 155

 اِنَّ الَّذِيْنَ تَوَلَّوْا مِنْكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعٰنِۙ اِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطٰنُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوْاۚ وَلَقَدْ عَفَا اللّٰهُ عَنْهُمْۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌࣖ ۝١

 Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kamu pada hari ketika dua pasukan bertemu, sesungguhnya mereka hanyalah digelincirkan oleh setan disebabkan sebagian kesalahan (dosa) yang telah mereka perbuat. Allah benar-benar telah memaafkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

******************************************************************************** 

27 JULAI 2025 (AHAD)
(02 SAFAR 1447H)
Surah Ali Imran , Ayat: 154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ ٱلْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشَىٰ طَآئِفَةً مِّنكُمْ ۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ ظَنَّ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ مِن شَىْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ ٱلْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَٰهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

Artinya: Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata: "Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?". Katakanlah: "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah". Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: "Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini". Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati.
Referensi: https://tafsirweb.com/1286-surat-ali-imran-ayat-154.html

 ****************************************************** 

Julai 13 2025

 Surah Ali Imran Ayat 153

 (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada siapa pun, sedangkan Rasul (Muhammad) memanggilmu dari belakang. Oleh karena itu, Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan

Surah Ali Imran Ayat 153 (kaedah-kaedah bila kita akan kalah dan bila kita akan menang)

  بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Surah Ali Imran Ayat 153(kaedah-kaedah bila kita akan kalah dan bila kita akan menang)

Dalam Perang Uhud ada beberapa jenis manusia yang menyertai Tentera Islam yang diceritakan oleh Al Quran:

1. Mukmin tulin yang taat arahan Nabi صلى الله عليه وسلم

2. Mukmin yang terkhilaf dengan lafaz arahan Nabi صلى الله عليه وسلم

3. Mukmin yang cuba mengelak daripada menyertai perang kerana digoda oleh syaitan

4. Munafiqin

Ayat berikut adalah huraian kalimah صَرَفَكُمْ yakni penjelasan dari الله سبحانه وتعالى kenapa Dia alihkan kemenangan mereka itu.

Jadi, ayat ini merupakan suatu gambaran rupa peristiwa yang الله beritahu صَرَفَكُمْ dengan makna, الله palingkan dari kamu untuk menewaskan mereka, macamanakah rupanya. Boleh dikatakan ayat ini merupakan huraiannya supaya kita dapat melihat dan dapat menggambarkan suasana semasa الله palingkan kemenangan.

Yakni

153

إِذْ تُصْعِدُونَ وَلَا تَلْوُۥنَ عَلَىٰٓ أَحَدٍۢ وَٱلرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ فِىٓ أُخْرَىٰكُمْ فَأَثَـٰبَكُمْ غَمًّۢا بِغَمٍّۢ لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا مَآ أَصَـٰبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

{إِذْ تُصْعِدُونَ} [] ketika kamu semua mundur dari musuh dan lari; ke arah bukit.

Semasa kamu lari itu,

{وَلَا تَلْوُۥنَ عَلَىٰٓ أَحَدٍۢ} [] kamu tidak menoleh kepada sesiapa pun;

Ketika kamu berundur lari naik bukit dan tidak menoleh kepada sesiapa pun dibelakang. Apabila tentera Islam kehilangan penaung pasukan pemanah yang di tawan oleh Khalid Al Walid, mereka diserang dari arah atas bukit dan juga dari arah bawah. Keadaan telah jadi kacau bilau sampaikan tentera Islam pula yang lari ke atas bukit lain.

Bersangatan takutnya mereka lari ke bukit sehingga tidak menoleh kepada sesiapapun dibelakang. الله سبحانه وتعالى campak ketakutan kepada mereka yang tidak ikut sunnah. Pada awalnya الله سبحانه وتعالى campak perasaan takut kepada tentera kafir, kini setelah meninggalkan arahan Nabi ﷺ, الله سبحانه وتعالى campak pula ketakutan itu pada tentera Islam.

Jadi, kamu memang lari dengan bersungguh-sungguh, kamu lari kerana takut yang sungguh-sungguh. Dengan makna, kamu lari dengan keadaan tidak menoleh ke belakang pun, kamu tidak menoleh kepada sesiapa pun. Walhal Rasul kamu tidak lari.

{وَٱلرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ} [] sedangkan Rasul memanggil kamu;

{فِىٓ أُخْرَىٰكُمْ} [] dalam kumpulan yang lain dibelakang kamu; dia masih ada.

Sedang Rasulullah ﷺ memanggil kamu di belakang sana bersama sahabat-sahabat lain. Sedangkan Nabi ﷺ memanggil mereka untuk kembali meneruskan perjuangan. Nabi ﷺ sendiri panggil pun mereka sudah tidak dengar kerana takut bersangatan.

Walaupun waktu itu Nabi ﷺ sedang dikepung oleh musuh. Tapi mereka waktu itu hanya ingat hendak menyelamatkan diri mereka sahaja.

Dalam hadis Nabi kata, dengan makna, datang kepada ku wahai tentera Islam. Datang kepada aku semua.

Jadi, ketika itu seorang pun tidak mempedulikannya, semua orang lari naik ke arah bukit. Beginilah suasana apabila الله palingkan kemenangan, apabila Nabi panggil pun, mereka sudah tidak menpedulikannya lagi.

Apabila الله hendak membuat sesuatu untuk menjadikannya satu asbab bagi sebuah kekalahan, mereka lari dengan tidak berpaling kepada sesiapa pun, dan mereka tidak mendengar pun panggilan Nabi ekoran kerana bersangatan takut yang menimpa kepada mereka.

Pada akhirnya,

{فَأَثَـٰبَكُمْ غَمًّۢا} [] lalu الله timpakan kepada kamu kesedihan kerana kalah peperangan;

{بِغَمٍّۢ} [] dengan kesedihan yang ke dua, iaitu kesedihan kerana melanggari nasihat Nabi;

Lalu الله سبحانه وتعالى menimpa kepada kamu kesedihan demi kesedihan. الله سبحانه وتعالى telah menimpakan ke atas mereka, kesedihan penyesalan yang bertimpa-timpa. Kesedihan dan penyesalan pertama adalah kerana kalah dalam peperangan dan yang kedua kerana tidak taat kepada Rasulullah ﷺ.

Jadi, الله timpakan kepada kamu غَمًّۢا kerana dukacita dan kalah perang, بِغَمٍّۢ dan kesedihan dan berdukacita kerana menyelisihi Nabi, kerana menyalahi arahan Nabi. Maka berlakulah peristiwa sebegitu.

{لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا مَآ أَصَـٰبَكُمْ} [] supaya lain kali, pada masa akan datang kamu tidak akan lagi berdukacita terhadap apa yang terluput dari harta-harta rampasan dan tidak perlu lagi berdukacita terhadap apa-apa yang menimpa kamu, dari segi kekalahan dalam mana-mana peperangan dan kamu hanya akan berfikir dalam perkara ini, apakah amalan Nabi yang ditinggalkan, apakah amalan Nabi yang masih dijaga;

Jadi, ini supaya kamu tidak berdukacita di atas apa sahaja keuntungan yang terluput dari kamu, dan tidak berdukacita atas sakit/luka/cedera yang menimpa kamu. Kesedihan yang kamu alami mengatasi dukacita kamu ke atas keuntungan ghanimah yang kamu telah kumpul terpaksa dilepaskan dan juga kecederaan yang kamu alami serta syahid 70 orang para mujahid.

Jadi, pada lain kali kamu kena ingat sungguh-sungguh perkara ini, kalau berlaku apa-apa, kamu tidak perlu bersedih diatas harta-harta yang terlepas dari kamu, tidak perlu bersedih diatas apa-apa yang menimpa diatas diri kamu dari kelukaan dan kecederaan. Yang kamu kena fikir ialah, yang manakah amalan-amalan yang telah kamu tinggalkan daripada pesanan Nabi, yang menyebabkan الله سبحانه وتعالى menarik nusrah dan bantuan, itu makna dari ayat ini.

Jadi, لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا۟ supaya kamu pada lain kali, pada masa akan nanti, tidak perlu kamu memikirkan, tidak perlu kamu berdukacita, tidak perlu kamu bersedih diatas kehilangan harta rampasan dan keatas apa yang menimpa daripada musuh keatas diri kamu. Sebaliknya kamu akan sentiasa berfikir kalaulah suasana sebegini berlaku, yang manakah sunnah Nabi ﷺ yang terlepas. Itulah maksud dari ayat ini.

{وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ} [] dan الله Maha mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan;

Dan الله Maha Mengetahui terhadap apa sahaja yang kamu lakukan. الله سبحانه وتعالى memang mengetahui apa yang kamu lakukan dan apa yang dalam hati kamu sama ada kamu ikhlas atau tidak. Rentetan peristiwa di atas, merupakan gambaran tentang sifat para sahabat yang الله سبحانه وتعالى redha kepada mereka.

Jadi, dengan sebab الله Maha mengetahuilah, الله bagi bantuan, sebab الله tahu kamu patuh syariat.

Dengan sebab الله Maha mengetahuilah, الله tarik bantuan, sebab الله tahu kamu telah menyalahi syariat.

Kamu tidak boleh untuk menipu الله. Itulah kesimpulannya. Kalau kamu menjaga dengan baik sunnah Nabi kamu, mana-mana musuh pun tidak boleh mengalahkan kamu. Tapi kalau kamu tidak menjaga sunnah Nabi kamu, kamulah sendiri yang akan melarikan diri daripada musuh kamu.

Jadi, لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا۟ dengan makna, pada masa akan datang, pada suasana seterusnya, untuk para Sahabat رضي الله عنه, dan untuk kita yang sedang membaca Al Qur’an ini. Supaya kita dapat mengetahui  kaedah-kaedah bilakah keadaannya kita akan kalah, dan bilakah keadaannya kita akan menang.

Ayat seterusnya.

Bersambung إن شاء الله

الله أعلم

p/s: Webpage ini percuma. Abaikan apa-apa iklan dibawah ini. Masih dalam proses untuk surah selanjutnya. Doakan semoga الله permudahkan untuk siapkan 114 surah. Marilah sama-sama kita berjihad tablighkan wahyu Al Qur’an dengan baca lafaz, fahami makna, hayati dan sebarkan.

 

 ****************************************************************************

25 Mei 2025
Kuliah Subuh
Ustaz Suhaimi Samad
Masjid Kariah Telok Kemang
 

BICARA DENGAN AL-QURAN - SURAH ALI IMRAN :137

Firman Allah SWT:

Ertinya: "Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)." (Surah Ali Imran: 137)

 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT memerintahkan orang-orang beriman supaya melihat dan mengambil iktibar dari kaum-kaum terdahulu!

2. Mereka dahulu telah mendustakan para Nabi dan Rasul! Allah SWT telah membinasakan mereka kerana perbuatan mereka!

Rujukan penuh :- 
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

https://t.me/KuliahUstazSuhaimi 


No comments:

Post a Comment

3 Jenis Percakapan Yang Dibenarkan Semasa Khutbah Jumaat

  3 Jenis Percakapan Yang Dibenarkan Semasa Khutbah Jumaat Hari Jumaat tiba lagi. Kita masih berada dalam suasana Covid-19 di mana masjid-ma...