KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MAT ZAKI HAMAT
KITAB EHWAL KEMATIAN DAN URUSAN AKHIRAT
SILA SHARE AGAR RAMAI AMBIL MANFAAT.. INSYAALLAH
Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW brsabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yg menunjukkn sesuatu kbaikan maka dia mndapat pahala sama seperti yg melakukannya."__[Riwayat Muslim (1893
*******************************************************************************
AHAD, 06 SEPTEMBER 2026, (24 RABIULAWAL 1448H)
KULIAH SUBUH, MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MAT ZAKI HAMAT
KITAB: HAL EHWAL KEMATIAN DAN URUSAN AKHIRAT
Jadi;ah orang alim , zulkiflialbakri.com
Soalan:
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ulama?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Maksudnya: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.”
(Surah Fatir: 28)
Al-Maraghi berkata: “Ini kerana orang yang mengetahui perkara tersebut tentu akan yakin adanya hukuman yang bakal ditimpakan kepada sesiapa sahaja yang derhaka dan ingkar kepada Allah. Atas dasar itu, dia berasa takut kepada Allah dan ngeri dengan hukuman serta seksaannya.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/332)
Definisi Ulama
Sering kali kita dengar masyarakat menggelarkan seseorang sebagai ulama atau orang alim, kadang-kadang masyarakat sendiri keliru jika ditanya siapakah mereka yang dianggap ulama. Tanpa definisi yang tepat, kita khuatir ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memperdaya masyarakat. Malahan, masyarakat juga akan mudah memberikan gelaran ulama kepada sesiapa yang dirasakan sesuai pada hemat mereka.
Dalam bahasa Arab, ulama adalah kata jamak bagi ‘alim, yang bermaksud seorang yang berilmu. Lawan bagi ‘alim adalah jahil. Jika seseorang itu benar-benar ‘alim, dia digelar dengan gelaran ‘allam atau ‘allamah. (Lihat Lisan al- ‘Arab, hlm. 371)
Dari sudut istilah, kita akan temui pelbagai definisi ulama yang diberikan, dan saling berkait antara satu sama lain. Antaranya adalah:
Kata Ibn Qayyim, ulama adalah golongan ahli fiqh Islam di mana fatwa-fatwa seringkali dikeluarkan menerusi kata-kata dan pendapat mereka. Mereka berkeahlian dalam mengeluarkan hukum dan memelihara dengan tegas kaedah-kaedah halal dan haram. Mereka di bumi umpama bintang-bintang di langit. Melalui mereka, manusia yang keliru mendapat petunjuk. Keperluan manusia kepada mereka pula melebihi keperluan kepada makan dan minum. (Lihat I`lam Al-Muwaqqi’in `An Rab Al-`Alamin, 1/18)
Kata Ibn al-Jinni sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn al-Manzur, ulama adalah sifat bagi orang berilmu, disebabkan lamanya mereka bergelumang dengan ilmu sehingga ilmu itu seolah-olah menjadi darah dagingnya. (Lihat Lisan al- ‘Arab, hlm. 371)
Ibn al-Manzur berkata, ulama adalah mereka yang beramal dengan apa yang diketahuinya. (Lihat Lisan al- ‘Arab, hlm. 370)
Ulama ialah golongan yang Allah jadikan sebagai tiang kepada manusia untuk bersandar dan bergantung dalam permasalahan fiqh, ilmu urusan agama dan dunia, seperti kata al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan (3/327).
Ulama ialah yang mengenali syariat Allah, faqih dalam agama, beramal dengan ilmu, mengikut hidayah yang Allah kurniakan kepada mereka dengan hikmah.
Ulama juga adalah pemimpin agama yang telah mencapai kedudukan besar dengan sebab mereka berijtihad, sabar dan sempurna keyakinan, seperti firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”
(Surah al-Sajdah: 24)
Ibn Kathir berkata: Iaitu tatkala mereka sabar dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan dalam menjauhkan larangan-larangan-Nya, membenarkan para Rasul-Nya dan mengikuti risalah yang diberikan kepada mereka, nescaya mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk kepada kebenaran dengan perintah kami, mengajak kepada kebaikan, memerintahkan yang makruf dan melarang kemungkaran. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/430)
Betapa mulianya kedudukan para ulama sehinggakan penyaksian ketauhidan juga disebut peranan para ulama. Firman Allah SWT:
شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Ali Imran: 18)
Ibn Kathir berkata: Allah menghubungkan penyaksian para malaikat dan orang-orang berilmu dengan penyaksian-Nya sendiri, sebagaimana firman-Nya: "Allah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, begitu juga para malaikat dan orang-orang yang berilmu." Hal ini merupakan penghormatan yang besar bagi para ulama dalam konteks ini. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 2/72)
Bagaimana cara kita mengenali ulama? Antaranya ialah melalui keluasan ilmunya, ketelitiannya dalam hal syubhah, dakwah dan jihadnya, ibadahnya, kezuhudannya, dan pengakuan daripada para ulama’ lain.
Untuk perbahasan yang lebih lanjut dan terperinci tentang nasihat kepada pemerintah ini, anda boleh dapatkan e-book kami bertajuk:Nasihat kepada Pemerintah: Fiqh, Hikmah & Realiti Semasa, di aplikasi al-Inarah.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
JADILAH ORANG ‘ALIM
قَالَ النَّبِيُّ ﷺ كُنْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ مُحِبًّا وَلَا تَكُنْ خَامِسًا فَتَهْلِكَ . رواه بيهقى
Nabi ﷺ bersabda, “Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mau mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka.” (HR. Baihaqi).
1. Orang Alim (‘Aaliman), Adalah orang yang punya ilmu agama dan mengajarkan ilmu-ilmu syari’at di dalam hukum fiqih, tauhid dan tasawuf. Berkat Ulama, kita yang dulu jahil (bodoh) menjadi ‘Alim (punya Ilmu).
2. Orang yang belajar (Muta’alliman), Adalah orang yang belajar pakai kitab, duduk bersama gurunya belajar dengan kitab dan mencatat.
3. Orang yang mendengar Ilmu Agama (Mustami’an), Adalah orang yang mendengarkan Ilmu Agama di Majelis-majelis meskipun tanpa kitab.
4. Orang yang cinta pada Ulama (Muhibban), Adalah orang yang cinta kepada para Ulama dan Habaib, walaupun ia masih bodoh.
5. Orang yang Binasa Adalah orang yang tidak mau belajar dan mendengarkan Ilmu Agama, tidak suka dan selalu mencari-cari kejelekan Ulama, namun selalu melihat kebaikan orang-orang kafir, yang membuat ALLAH SWT Murka, dan menurunkan banyak bencana.
Kelak mereka akan dikumpulkan bersama orang-orang kafir didasar Neraka Jahanam (di bawah orang kafir). Seperti yang ALLAH SWT Peringatkan dalam AL QUR’AN, Surat AN-NISA Ayat 140.
Semoga ALLAH SWT Masukan kita dalam golongan orang-orang yang diredhai NYA. Menjadi JANTUNG yang terus berdenyut, berkarya dan menebarkan Ilmu Agama sampai ALLAH SWT Menghentikannya.
********************************************************************************
AHAD, 02 OGOS 2026 (18 SAFAR 1448H)KULIAH SUBUH, MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MAT ZAKI HAMAT
KITAB: HAL EHWAL KEMATIAN DAN URUSAN AKHIRAT
*******************************************************************************
5.7.2026 - Pagi Ahad
- Mengumpat (Ghibah): Cerita yang disampaikan adalah betul dan wujud pada diri orang itu, tetapi dia tidak suka ia dihebahkan.
- Fitnah: Cerita atau tuduhan yang direka-reka dan palsu, tiada asas kebenaran. Dosanya lebih berat daripada mengumpat kerana ia menipu dan merosakkan nama baik mangsa sepenuhnya.
- Masyarakat: Memecah-belahkan perpaduan, mencetuskan pergaduhan, dan melahirkan rasa syak wasangka.
- Individu: Menjatuhkan maruah, memberi tekanan emosi kepada mangsa, dan memusnahkan kepercayaan ramai.
- Akhirat: Pelaku akan menanggung dosa besar. Pahala mereka akan diberikan kepada mangsa pada hari kiamat jika tidak bertaubat dan meminta maaf daripada pihak yang dizalimi.
*******************************************************************************
7.6.2026 - Ahad. Syafaat Nabi
Syafaat Nabi bermaksud pertolongan atau izin daripada Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak untuk menolong umatnya. Pertolongan ini menjadi harapan besar bagi setiap orang mukmin ketika berada dalam kesusahan di Padang Mahsyar dan hari kiamat.
- Syafaat al-Uzma (Syafaat Agung): Pertolongan besar Nabi di Padang Mahsyar untuk memulakan proses perbicaraan (hisab) setelah semua nabi lain tidak mahu memikul tugas itu.
- Masuk Syurga Tanpa Hisab: Syafaat untuk memasukkan sebahagian umat Islam ke dalam syurga terus tanpa melalui azab dan pemeriksaan.
- Mengangkat Darjat: Syafaat untuk menaikkan darjat atau tingkat kemuliaan ahli syurga.
- Menyelamatkan Pelaku Dosa: Pertolongan untuk mengeluarkan orang beriman yang melakukan dosa besar daripada api neraka selepas mereka disiksa.
- Memperbanyak Selawat: Mengucapkan selawat kepada Nabi SAW dengan ikhlas setiap hari.
- Menjaga Tauhid: Ikhlas beribadah kepada Allah SWT dan tidak melakukan syirik.
- Doa Selepas Azan: Membaca doa khusus meminta kedudukan al-Wasilah untuk Nabi selepas mendengar azan.
- Membaca al-Quran: Sentiasa membaca dan mengamalkan isi kandungan al-Quran
******************************************************************************
3.5.2026 Ahad Kuliah Subuh
******************************************************************************
5.4.2026 Jambatan Siratul Mustakim
- Siratul Mustaqim (Dunia): Jalan ketaatan dan ajaran Islam yang benar yang perlu diamalkan semasa hidup di dunia (maknawi).
- Titian Sirat (Akhirat): Jambatan sebenar yang merentangi atas neraka Jahanam yang wajib dilalui oleh setiap manusia selepas hari kebangkitan dan pengiraan amal (hisab).
- Sifat Fizikal: Digambarkan dalam hadis lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.
- Penyeberangan: Orang mukmin akan melaluinya berpandukan cahaya iman masing-masing, ada yang pantas seperti kilat, dan ada yang merangkak-rangkak mengikut kadar amal.
- Nota tentang Nama Kitab: Di Nusantara, terdapat Kitab Sirat al-Mustaqim yang dikarang oleh Syaikh Nuruddin al-Raniri pada abad ke-17. Namun, kitab tersebut adalah karya klasik mengenai hukum fiqh ibadah mazhab Syafi'i, bukannya sebuah kitab khusus tentang gambaran alam selepas kematian
******************************************************************************
16.11.2025
- Doa sentiasa.
-Niat beriktikaf di dalam masjid
- Kita perbanyakkan buat PAHALA bila dah menjelang senja.
1) Sentiasa sedekah 2) Duduk dalam masjid 3) Tidur dalam keadaan berwuduk 4) Sentiasa berwuduk 5) Sentiasa berada dihadapan saf . 6) Sentiasa berada dlam saf ketika solat 7) Dengar bacaan Imam. 8) Solat Suboh dan Isya 9) Menantikan solat fardhu dalam masjid 10) Berdoa kepada saudaranya 11) Ziarah orang sakit 12) Habit bersahur 13) Buat kerja kebajikan.
- Melihat Ahli Syurga: Apabila memandang ke arah penghuni syurga, mereka mengenali tanda kegembiraan pada wajah ahli syurga lalu memberi salam ("Salamun 'alaikum") sambil berharap dan berdoa agar dapat menyertai mereka.
- Melihat Ahli Neraka: Apabila pandangan mereka dipalingkan ke arah penghuni neraka, mereka melihat azab yang dahsyat lalu ketakutan dan berdoa: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang yang zalim."
- Menegur Ahli Neraka: Mereka juga menegur sebahagian pemimpin kafir atau orang sombong yang mereka kenali sewaktu di dunia dahulu, lalu berkata bahawa harta kekayaan dan kesombongan dahulu langsung tidak dapat menyelamatkan mereka daripada azab
- Syafaat Nabi: Mereka mendapat rahmat Allah SWT serta Syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.
- Pembersihan di Nahrul Hayat: Menurut riwayat Al-Baihaqi, mereka dibawa mandi di Nahrul Hayat (Sungai Kehidupan) sehingga muncul tanda putih di leher mereka sebagai simbol kebebasan.
- Kurniaan Syurga: Allah SWT akhirnya berfirman kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga, tidak ada kebimbangan terhadapmu dan kamu pula tidak akan berdukacita." Walau bagaimanapun, sebahagian ulama menyatakan mereka dikira sebagai golongan yang "paling miskin" atau paling terakhir menikmati kedudukan di dalam syurga
******************************************************************************
AHAD, 07 SEPTEMBER 2025
(14 RABI'ULAWWAL 1447H
********************************************************************************
17 OGOS 2025 (AHAD)
(23 SAFAR 1447H)
KULIAH SUBUH
Zikir
Penyakit Besar Umat Islam iaitu Kecintaan Kepada Mahluk Lebih Daripada Kecintaan Kepada Allah.
3 Golongan di masa timbangan iaitu
1. Golongan Islam
2. Golongan Kafir
3. Golongan Amalan dan Maksiat yang sama banyak terdiri daripada 1 . Allahualam
***********************************************************************
3 OGOS 2025 (AHAD)
KULIAH SUBOH.
3 Kelompok terbesar di Padang Masyar.
1) Golongan Rasul, Anbiya, Alim, Golongan Islam
2) Golongan Syirik
3) Golongan Kafir.
******************************************************************
20 JULAI 2025 (AHAD) (24 MUHARRAM 1447H)
Zikir , Ucapan dan Selawat Nabi.
Tajuk: Bagaimana nak timbang amalan di Padang Masyar.
- Nabi Muhammad ada memberikan Syafaat kepada umatnya . Selawat Nabi akan memberikan menafaat kepada umatnya.
- Hafal dan baca Surah Al-Mulk, Surah Assajadah dan Surah Al-Fil dan amalkan setiap hari. Orang kafir akan terus masuk ke Neraka.
Golongan Muktazilah, Syiah adalah orang yang sesat.
Zikir - amalkan, Subhanallah Wabihamdi Subhanallah Hilazaim.
Ya Hayyun Ya qayyum setiap hari.
-Hafalkan Surah Al Zalzalah, Al-Fi.
***********************************************************************************

No comments:
Post a Comment