Ustaz Shamsul Bahari Mahmud Al-Hafiz - Rabu

 ****************************************************************************** 


KULIAH MAGHRIB MASJID KARIAH TELOK KEMANG  2026                                                     USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ
PENGAJIAN TAJWID & TALAQQI AL QURAN 

******************************************************************** 

RABU, 10 JUN 2026 (24 ZULHIJJAH 1447H)
KULIAH MAGHRIB

 Surah Yunus , Ayat 53 - 61

Wajibul Ghunnah bermaksud "wajib dengung". Ia merupakan hukum tajwid di mana huruf Nun (ن) dan Mim (م) yang mempunyai tanda tasydid atau sabdu (ّ) wajib dibaca dengan dengung yang sempurna.
Berikut adalah panduan ringkas hukum bacaan ini:
  • Kadar Dengung: 2 harakat (kadar masa seperti mengangkat atau menutup satu jari).
  • Cara Bacaan: Tekan sedikit suara pada huruf tersebut sambil mengalunkan dengung dari pangkal hidung.
Contoh di dalam Al-Quran
Hukum ini mudah dikesan apabila anda melihat tanda sabdu pada huruf Mim atau Nun:
  • Mim bersabdu (مّ): Inna (إنَّ)
  • Nun bersabdu (نّ): Summa (ثمَّ) 

 Dalam Surah Yunus Ayat - 59

Mad Farqi -  

 Dalam Surah Yunus ayat 59, hukum bacaan yang dimaksud berkaitan dengan huruf Hamzah pada lafaz " آللَّهُ " (Allah). Terdapat hukum tajwid

Berikut adalah detail lengkap cara baca dan penjelasannya:
  • Hukum Tajwid: Mad Farqi.
  • Panjang Harokat: Dipanjangkan sepanjang 6 harakat atau 6 ketukan.
  • Cara Membaca: Panjangkan Hamzah 6 harakat, kemudian langsung masuk atau ditekan (dibentak) pada huruf Lam yang bertasydid pada lafaz Allah (Contoh bacaan: Aaaa... llahu).
  • Alternatif Bacaan (Tashil): Dibaca dengan meringankan Hamzah kedua (antara bunyi Hamzah dan Alif) tanpa dipanjangkan 6 harakat. Bacaan 2 harakat.

 ********************************************************************* 

RABU, 13 MEI 2026 (25 ZULKAEDAH 1447H)
KULIAH MAGHRIB
USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ

Surah Al An'am , Ayat  43 - 53 

Difinisi 

Mad Farq bukanlah satu nama atau jenis Mad yang tersendiri. Tetapi apa yang diklasifikasikan sebagai Mad Farq itu adalah sebahagian daripada Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf. Cuma pengistilahan Mad Farq itu dibuat kerana hendak menunjukkan adanya Hamzah istifhamiyah di awal perkataannya yang menyebabkan Hamzah Wasal yang datang selepasnya ditukar menjadi huruf Mad. Huruf Mad itu pula kemudiannya bertemu dengan sukun asli pada huruf selepasnya.

Tanda 

 Tanda Mad Farq adalah terdapat Hamzah istifham di hadapan perkataan dan huruf Mad selepasnya bertanda panjang. Contoh Tanda Bacaan ( Apakah...... )

 

Panjang

Dipanjangkan sebutan huruf Mad dengan kadar 6 harakat. 

 

Contoh 

  • قُلۡ ءَاۤلذَّكَرَیۡنِ [Al An’am 143]
  • قُلۡ ءَاۤلذَّكَرَیۡنِ [ Al An’am 144]
  • ءَاۤللَّهُ [An Naml 59 ]
  •  
  •  

    Lain-Lain

    Bacaan Surah Annas kena dengung dan dua harkat.

    Tabbay ya da....... dihujung kena ada sabdu. 

    ********************************************************************* 

     20 Ogos 2025, Rabu

    Surah At -Taubah , 80-86

      https://pengajianalhira.com/hukum-hamzah-wasal 

     Hukum Hamzah Wasal

    Isi Kandungan

    Hamzah wasal (همزه وصل) 

    Hamzah wasal ialah hamzah berupa alif tambahan di awal perkataan. Hamzah ini akan diabaikan jika seseorang memilih untuk menyambungkan bacaan dari ayat sebelumnya. Tetapi hamzah ini akan dibariskan bacaannya jika seseorang memilih untuk memulakan bacaan dari perkataan yang mempunyai hamzah wasal tersebut.

    Hamzah Wasal yang ditemui dalam al-Quran berada di awal kata nama (اسم), kata kerja (فعل) dan nama terbitan (مصدر) . Maka permasalahan Hamzah wasal ini ialah menentukan barisnya. Ini kerana Hamzah wasal didapati tidak berbaris tetapi ditandakan dalam al-Quran Rasm Uthmani dengan: ا yang terdapat kepala huruf ص .

    3 Kaedah Cara Membaca Hamzah Wasal

    hamzah wasal

    1. Memulakan Hamzah Wasal pada Alif Lam (ال).

    Hamzah wasal yang terdapat pada Alif Lam Qamariah dan Syamsiyyah hendaklah difathahkan (baris atas) jika memulakan bacaan darinya.

    Contoh Hamzah wasal yang terdapat pada Alif lam:

    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ – ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ – ﭐلتَّآئِبُونَ ﭐلعَبِدُونَ ﭐلحَمِدُونَ

    Di dalam al-Quran, hanya hamzah wasal pada perkataan الاسم  sahaja yang tidak dibariskan mengikut kaedah di atas iaitu pada ayat:  (Al-hujurat ayat: 11)  بِئسَ ﭐلاِسمُ ﭐلفُسُوقُ بَعدَ ﭐلإِيمَان hamzah wasal pada perkataan ini hendaklah dibaca dengan  أَلِسم  atau  لِسم  jika seseorang memulakan bacan daripadanya. Pada keadaan wasal (bersambung) ia dibaca dengan   بِئسَ لِسم .

    2. Membariskan Hamzah Wasal Berpandukan Huruf Ketiga.

    Terdapat beberapa keadaan hamzah wasal yang boleh dibariskan berpandukan kepada baris huruf ketiga seperti berikut:

    1. Jika huruf ketiga berbaris fathah (baris atas), hamzah wasal dikasrahkan.
    2. Jika huruf ketiga berbaris kasrah (baris bawah), hamzah wasal dikasrahkan.
    3. Jika huruf ketiga berbaris dhommah (baris depan), hamzah wasal didhommahkan.

    Contohnya :

    ﭐهدِنا – ﭐصبِر – ﭐنقَلبوا – ﭐرضَى – ﭐستُحفِظُوا – ﭐبتُلِي – ﭐجتُثَّت

    3. Hamzah Wasal Dibariskan Dengan Tidak Berpandukan Huruf Ketiga:

    Terdapat juga beberapa keadaan dimana hamzah wasal bagi perkataan tersebut tidak boleh dibariskan bacaaanya berpandukan huruf ketiga. Perkataan-perkatan ini perlu dikasrahkan (baris bawah) hamzah wasalnya tanpa terikat kepada apa-apa panduan.

    Perkara ini berlaku pada keadaan-keadaan seperti berikut:

    a. Tujuh kata nama ( اسم ) yang hamzah wasalnya dikasrahkan.

    Contohnya:

    . ﭐبن – ﭐبنة – ﭐمرؤ – ﭐثنين – ﭐثنتين – ﭐمرأة – ﭐسم

    Semua hamzah wasal pada perkataan di atas hendaklah dikasrahkan jika memulakan bacaan daripadanya.

    b. Empat kata kerja (فعل ) yang hamzah wasalnya dikasrahkan.

    Contohnya:

    . ﭐبنُوا – ﭐقضُوا – ﭐمضُوا – ﭐمشُوا 

    Semua hamzah wasal pada perkataan di atas hendaklah dikasrahkan jika memulakan bacaan daripadanya.

    c. Perkataan yang hamzah wasalnya dibaca ibdal 2 harakat.

    Terdapat juga hamzah wasal yang dibariskan secara ibdal iaitu menukar sebutan hamzah kepada sebutan huruf mad dan dibaca 2 harakat secara mad badal.

    Contohnya:

     .ٱئۡذَن لِّى – ﭐئتُواني – ﭐؤتُمِنَ –  ٱئۡتِ – ٱئۡتُواْ

    Perkataan-perkataan di atas tidak dibariskan dengan melihat baris huruf ketiga. Tetapi baris hamzah wasalnya dapat ditentukan dengan melihat rumah hamzah wasal itu:

    • Jika rumah hamzah itu berbentuk huruf ya, maka hamzah wasalnya mestilah di mulakan dengan kasrah dan ditukar hamzah kedua kepada ya :

    ﭐئتُواني  jadi  إِيتُواني

    • Jika rumah hamzah itu berbentuk huruf wau, maka hamzah wasalnya mestilah dimulakan dengan dhommah dan ditukar hamzah kedua kepada wau:

    ﭐؤتُمِنَ  jadi أُوتُمِنَ

    https://pengajianalhira.com/hukum-hamzah-qatu 

    Hukum Hamzah Qat’u

     

    Pengertian

    Hamzah Qat’u  ialah huruf hamzah yang dibaca (dibariskan) ketika memulakan bacaan darinya (ibtida) atau menyambung bacaan padanya (wasal) pada sesuatu perkataan. Berbeza dengan Hamzah Wasal yang hanya dibaca ketika ibtida tetapi diabaikan ketika wasal pada hamzah tersebut.

    Tanda Mengenal Hamzah Qat’u 

    Hamzah Qat’u  boleh dikenal dengan melihat huruf (ء) berbaris dalam suatu perkataan. Ia temui dalam semua keadaan samada awal, pertengahan, akhir, berbaris fathah, kasrah, dhommah mahupun sukun seperti yang dapat diperhatikan pada contoh-contoh selepas ini.

    Bentuk-bentuk Hamzah Qat’u 

    Di Sini dibentangkan beberapa keadaan Hamzah Qat’u  yang boleh ditemui di dalam al-Quran.

    • Hamzah Qat’u  di awal Perkataan

    Hamzah Qat’u  boleh ditemui di awal perkataan berbaris Fathah, Kasrah, Dhommah seperti contoh-contoh di bawah:

    أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ – إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً – أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

    • Hamzah Qat’u di Tengah dan Akhir Perkataan

    Hamzah Qat’u  boleh ditemui dipertengahan dan akhir perkataan berbaris sukun, fatahah, kasrah dan dhommah seperti contoh-contoh berikut:

     سَوَاءَ – وَهَيِّئْ لَنَا – وَبِئْرٍ مُّعَطَّلَةٍ – ألسَّماَءِ – وَمَآ اُبَرِّئُ – يُؤْمِنُون – وَيُنشِئُ – لَا تَسْأَلُوا

     




    ********************************************************************** 

    13 OGOS 2025 (RABU)
    (19 SAFAR 1447H)
    KULIAH MAGHRIB 

     Huruf tebal dan nipis.

    AlFatehah dan Solat

     ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Tambahan 

    https://www.facebook.com/almukhlisinhomequran/posts/kenali-bacaan-tebal-nipis-dengan-mudahbacaan-tebal-nipis-terbahagi-kepada-tiga-1/2929871050393079/ 

     

    Bacaan tebal nipis terbahagi kepada tiga:-
    1. Huruf yang dibaca tebal
    2. Huruf yang dibaca tebal & nipis
    3. Huruf yang dibaca nipis
    .
    Kali ni, kita fokus pada huruf yang dibaca tebal dulu.
    Apa hurufnya? Ada 7 huruf yang dibaca tebal, yang mana ia dibaca dengan vokal "o".
    Hurufnya ialah:
    👉 Kho خ
    👉 Sho ص
    👉 Dho ض
    👉 Gho غ
    👉 Tho ط
    👉 Qo ق
    👉 Zho ظ
    .
    Anda semua hafal huruf-huruf ni dulu ya. Boleh ke boleh?!😀 Sikit je kan hehe.
    .
    Lepas dah tahu teori, kita praktik terus dalam Quran, buka surah Luqman, ms 413, ayat 20. Caranya ialah, cari huruf-huruf yang dibaca tebal, yang kita dah belajar tadi. 
     Lepas dah jumpa huruf-huruf tebal tu semua, cuba baca dengan vokal yang betul, macam yang Ustaz ajar. Haa, ada perbezaan tak dengan bacaan kita sebelum-sebelum ni?
    .
    Jadi, mari sama-sama kita betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
    .
    Adakah anda belajar sesuatu hari ni? Alhamdulillah! 😀

    *********************************************************************

    23 JULAI 2025 (RABU)
    (27 MUHARRAM 1447H)
    KULIAH MAGHRIB
    MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
    USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ  

    Surah Al-Taubah 69-72

    Kerja Rumah: Dapatkan berapakah jumlah

    i) Alif Lam Syamsiah dalam Surah tersebut: 6 .

    Huruf syamsiah atau huruf matahari adalah huruf yang menghilangkan pembacaan dari huruf 'lam', contohnya pada kata al-Syamsiyah (الشمسية) harus dibaca as-syamsiyah dengan menghilangkan bacaan pada huruf 'lam'.
    Jumlah huruf syamsiah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, iaitu: 
    ط ث ص ر ت ض ذ ن د س ظ ز ش ل

    Contoh :

    التَّكَاثُرُ  -   اَلثُّلُثُ -  اَلدّ َهْرُ -  اَلذِّ كْرُ -  اَلرَّ حْمنُ - اَلسَّمَاءِ - اَلنَّعِيْمِ - اَلشَّيْطانُ

    ii) Alif Lam Qamariah Dalam Surah tersebut: 12

    Huruf qamariah atau huruf bulan adalah huruf yang dibaca secara jelas, namun tetap memperjelaskan pembacaan pada huruf 'lam', contohnya pada kata al-qamariyah (القمريةharus dan tetap dibaca al-qamariyah dengan memperjelaskan bacaan pada huruf 'lam'.
    Jumlah huruf qamariah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, iaitu: 
    ا ب غ ح ج ك و خ ف ع ق ي م ه 

    Contoh :   

    اَلْاَحَدُ - اَلْحَمْدُ - اَلمَقَابِرُ - اَلْيَقِيْنِ - اَلهُدَى - اَلجَحِيْمِ - اَلقَارِعَةَ - اَلْفُرْقَانَ - اَلْغَفُوْرُ - اَلْكُفْرَ 

     


     

    Perbezaan Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah dan hukum bacaanya adalah seperti berikut:

    - Untuk Alif Lam Syamsiah ‘Lam’nya tidak berharakat manakala Alif Lam Qamariah ‘Lam’nya berharakat sukun.

    - Untuk Alif Lam Syamsiah ‘Lam’nya tidak dibaca, manakala Alif Lam Qamariah Lam nya dibaca jelas.

    - Untuk Alif Lam Syamsiah, ‘Lam’ dihilangkan ke dalam huruf syamsiah yang ada selepasnya dan huruf syamsiah tersebut diberi tasydid. - Sedangkan untuk Alif Lam Qamariah, Karena ‘Lam’ berharakat sukun, maka huruf qamariah yang ada sesudahnya tidak diberi tasydid.

     

    iii) Ikhfa Syafawi :  Ada 3 huruf. 

    Ikhfa' Syafawi adalah salah satu hukum tajwid dalam Al-Quran yang berlaku ketika huruf 'mim' mati (مْ) bertemu dengan huruf 'ba' (ب) dalam satu bacaan. Cara membacanya adalah dengan menyamarkan atau menyembunyikan bunyi 'mim' mati tersebut, dan disertai dengan dengungan (ghunnah) selama dua harakat.  

     Penjelasan Lebih Lanjut:

  • Huruf Ba': Huruf 'ba' adalah salah satu huruf hijaiyah. 
  • Ikhfa' (Menyamarkan): Ikhfa' secara bahasa berarti menyembunyikan atau menyamarkan. Dalam konteks tajwid, ikhfa' syafawi berarti menyamarkan bunyi huruf mim mati ketika bertemu dengan huruf ba. 
  • Ghunnah (Dengungan): Ghunnah adalah dengungan yang dihasilkan saat membaca huruf-huruf tertentu, termasuk dalam hukum ikhfa'. Dalam ikhfa' syafawi, dengungan ini dilakukan selama dua harakat.
  •  

    • Huruf Mim Mati:
      Dalam tajwid, 'mim mati' merujuk pada huruf 'mim' yang tidak memiliki harakat (tidak berbaris) dan berada di akhir kata atau bertemu dengan huruf lain. 
       
       Cara Membaca: Ketika membaca ikhfa' syafawi, bibir tidak perlu dirapatkan sepenuhnya saat mengucapkan 'mim' mati, tetapi ditahan sedikit sambil mengeluarkan suara dengung. 
    Contoh:
    Contoh bacaan ikhfa' syafawi dapat ditemukan dalam Al-Quran. Salah satu contohnya adalah dalam surah Al-Baqarah ayat 8: "wa maa humm bimu'miniin" Pada kata "humm", huruf mim mati bertemu dengan huruf ba', sehingga dibaca dengan ikhfa' syafawi.

    Pentingnya Mempelajari Tajwid:
    Memahami hukum tajwid, termasuk ikhfa' syafawi, sangat penting untuk memastikan bacaan Al-Quran sesuai dengan kaidah yang benar dan tartil. Dengan mempelajari tajwid, diharapkan bacaan Al-Quran menjadi lebih fasih dan indah. 

    ********************************************************************************** 

     9 JULAI 2025 (RABU)

    KULIAH MAGHRIB
    MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
    USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ
    PENGAJIAN ALQURAN TAJWID & TALAQQI

    Surah Al-Taubah  62-68


    ***********************************************************************************

    25 JUN 2025 (RABU)

    KULIAH MAGHRIB
    MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
    USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ
    PENGAJIAN ALQURAN TAJWID & TALAQQI

    ***********************************************************************************

     11 JUN 2025 (RABU)

    KULIAH MAGHRIB
    MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
    USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ
    PENGAJIAN ALQURAN TAJWID & TALAQQI

     **********************************************************************************

    28 MEI 2025 (RABU) 

    KULIAH MAGHRIB
    MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
    USTAZ SHAMSUL BAHARI MAHMUD AL-HAFIZ
    PENGAJIAN ALQURAN TAJWID & TALAQQI

    ***********************************************************************************

      

     

    No comments:

    Post a Comment

      NANTIKAN 📌📌 ♦️20 - 22 Jun 2026 ♦️Masjid Kariah Telok Kemang Sempena Program  #MoHkomosojid 📌Jadikanlah masjid  sebagai tempat utama dal...